Dec 20, 2008

Aku,Kau dan Berahi

Masih kuingat
dalam samar cahaya
bertemankan bulan dan bintang
mata kita bertemu
tangan mengenggam tangan
nafas bertemu nafas
mendesah dan mendesah...

Masih kuingat
dalam sinar cahaya
bibir bertemu bibir
nafas bertemu nafas
kau mendesah
begitu juga aku
kemudian kau berkata
antara dengar dan tidak - kerna nafas kita lebih kuat dari kata-katamu itu
"mari kita sama-sama
ke satu destinasi
ke Kota Berahi"
aku mendesah semakin kencang
begitu juga kau

Masih kuingat
dalam samar cahaya
kita sama berlayar
ke Kota Berahi
mata bertemu mata
bibir bertemu bibir
kau mendekap erat
begitu juga aku
Ya,Kota Berahi semakin hampir
destinasi kita sudah hampir!
nafas semakin kencang
kau dan aku menjadi satu.

Ya!Kau,aku dan Kota Berahi
Ah...Kita sudah tiba
Kota Berahi yang bahagia
kau di sisi
dengan titis-tits peluh
kau menguntum senyum
begitu juga aku

Dalam samar cahaya
ditemani bulan dan bintang
ku terduduk di birai katil
termenung keseorangan
bingung
ku raba seluarku
basah!
sial!
setan!
kusambung semula tidur
dengan senyum di bibir.

Pernah suatu hari seorang kawanku masa belajar dulu mencabar aku untuk menghasilkan satu puisi yang berbau erotik.Tiba-tiba hari ini aku terilham.Semoga terhibur ya!

Lagu Rindu Untuknya...

Cuti yang panjang ni membuahkan pelbagai rasa dalam diri ini.Gembira,sepi,sunyi,bosan dan macam-macam lah.

Gembira sebab sekurang-kurangnya aku boleh lupakan sementara beban kerja yang entah apa-apa tu dan juga dapat lari dari rakan sekerja yang kadang-kadang bagi aku terlalu 'annoying'.Tapi bila terlalu lama cuti ni rasa bosan la pulak.Gembira disebabkan dapat lari dari beban kerja dan rakan-rakan sekerja semakin lama semakin pudar digantikan pula rasa sepi,sunyi dan kadang-kadang rindu plak pada kerja-kerja yang ditangguhkan dan juga pada rakan-rakan kerja yang riuh rendah yang kadang-kadang 'anoying' itu.Haha.. pelik betul perasaan ni.

Tak mau melayan sangat perasaan bosan aku ni aku 'search' lagu-lagu yang boleh menghiburkan hati di youtube.Tiba-tiba jumpa lagu ni,Lagu Rindu,Kerispatih.Aduh...tiba-tiba perasaan rinduku padanya menyelinap masuk ke segenap tubuhku.Ingin saja aku telefon padanya dan nyanyikan lagu ini padanya.Tapi aku batalkan niat aku itu.Hari ni hari minggu sudah tentu dia bersama keluarganya.Tak tergamak aku menganggu privacy dia hanya disebabkan rindu ini.Ya,kadang-kadang impian memang tidak seiring dengan realiti.Itulah hakikatnya.Lagipun baru saja aku luahkan rinduku padanya.Biarlah di hujung minggu ni dia tenang bersama keluarganya.Bagi aku memang xsalah kita luahkan rindu kita pada yang tersayang.Ia menguatkan lagi rasa kasih itu tapi biarlah kena pada tempat.

Tak mahu perasaan itu dibiarkan saja,aku ingin kongsi dengan kalian rasa ini.Mungkin kalian juga mengalami rasa yang sama.Hatiku sedikit terusik dengan lirik lagunya yang begitu sederhana tapi penuh bermakna ini:

"Walau hanya nada sederhana
Ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan"


A,walupun hanya nada sederhana,izinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan ini padamu.Rindu ini takpernah pudar selagi nafas bergetar di jasadku ini.

So,ku ingin berkongsi dengan semua lirik dan lagu ini.Selamat menghayati dan semoga kalian bergembira dengan insan yang dirindui.

Lagu Rindu
Artist: Kerispatih

Bintang malam katakan (sampaikan) padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi katakan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan



OH ya, lagu ini juga kujadikan lagu background.Enjoy ya!

Dec 17, 2008

Quote of the Day

"The light is no different,(though)the lamp has become different"


Siapa-siapa yang ingin memberi pandangan(ataupun tafsiran) terhadap petikan kata ini dipersilakan melakukannya dia ruang comment ya!

Dec 16, 2008

Inspirasku

Hari ini aku nak cakap pasal seorang yang banyak memberi inspirasi kepadaku melalui penulisannya.Orang itu adalah A.Samad Said.Karya-karyanya sangat agung bagiku.Boleh dikatakan semua karyanya aku ada.Setelah aku membeli buku antologi puisinya baru-baru ini (lihat entry sebelum ini) kukira hampir semua puisinya aku ada.Alhamdulillah...

Aku terasa sangat puas bila setiap kali aku berjaya memiliki hasil karya beliau.Tapi aku sedikit kecewa dengan penerbitan buku beliau.Aku lihat tak banyak buku-buku beliau di toko-toko buku.Contohnya buku yang aku beli baru-baru ini.Sangat susah untuk mendapatkannya.Empat buah toko buku yang agak besar di Alor Setar ni aku geledah.Jawab juru jualnya buku itu habis.Nasib baik toko buku terakhir yang aku singgah ada buku ini itupun stok yang terakhir.Kawanku yang tinggal di Subang juga mengalami nasib yang sama.Pelik!Kalau buku-buku lain ada pula!
Aku tak pasti siapa patut dipersalahkan.Sama ada penerbit yang tidak berani menerbit buku-buku macam ni kerana takut tak laku ataupun para pembaca kita yang tidak sudi membeli buku-buku macam ni.

Bagaimanapun aku harap sangat kita semua memartabatkan sastera kita.Karya-karya sasterawan kita seperti A.Samad Said,Shahnon Ahmad,S Othman Kelantan,Faisal Tehrani dan lain-lain lagi sama setanding dengan karya-karya luar yang sesetengah daripada kita agung-agungkan.Bila permintaan untuk buku-buku ni bertambah mungkin para penerbit baru berani untuk menerbitkan karya-karya mereka ini.
Di sini aku nak berkongsi satu puisi daripada Pak Samad yang kukira menjadi motivasi buatku:

"Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat"



Buku yang memuatkan hampir semua puisi-puisi A.Samad Said

Tonton Wayang - The Day the Earth Stood Still



Malam ni aku pegi tengok wayang dengan Firdaus.Nasib baik dia balik kerja di sini.Kalau tak bosan jugak aku cuti panjang ni.Mati kutu aku asyik terperap di rumah ja.Nak tengok wayang sorang-sorang malas plak.Nasib baik dia ada.So, malam ni kami pegi tengok crita The Day the Earth Stood Still.

Filem ini merupakan filem 'remake' dari filem tajuk yang sama yang diterbitkan pada tahun 1951.Bagi peminat filem sci-fi,filem ini wajib ditonton.Filem ini mengisahkan makhluk asing yang bernama Klaatu(lakonan Keanu Reeve) yang turun ke bumi memberi amaran bahawa bumi akan hancur dan juga untuk menyelamatkan spesis-spesis hidupan di bumi kecuali manusia!Alasan manusia tidak diselamatkan adalah disebabkan kemusnahan bumi yang akan berlaku itu adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri dan manusia haruslah menanggung sendiri di atas perbuatan mereka.Persoalan yang timbul dalam filem ini amat menarik perhatian aku.Perlukah manusia diberi peluang sekali lagi ke atas kemusnahan yang dilakukan atas muka bumi ini?atau perlukah manusia dihukum terus?

Pelakon-pelakon dalam filem ini boleh dikatan semuanya mantap-mantap.Bagi aku amat sesuai dipilih Keanu Reeve sebagai makhluk asing kerana karakternya yang 'misteri dan seksi' itu.Jenifer Connely dan juga Katy Bates pula semestinya sudah kita tahu kredibiliti mereka.Sebagai pelakon gred A dan pernah merangkul Oscar, kemampuan mereka membawa watak dalam filem ini tak dapat disangkal lagi.

So,nak tau apa kesudahan crita ni?bagaimana manusia diselamatkan?bagaimana Klaatu berubah fikiran untuk menyelamatkan manusia dari bumi dimusnahkan?Pegila tonton filem ini di pawagam berhampiran.Jangan beli DVD cetak rompak ya!Kualitinya tak menarik seperti tengok wayang.

Keseluruhannya,aku bagi rating filem ini 4 bintang.

Selamat menonton!!

Dec 14, 2008

letih, rindu dan inspirasi

letih, rindu dan inspirasi.

aku letih...
letih mengerah keringat...
membanting tulang
demi menyuap ilmu pada anak bangsa....

aku rindu...
rindu pada kata-katanya
pada wajahnya
walau seminit cuma

letihku pudar bila rindu padanya terubat
bila inspirasinya meresap
bila semangatnya menyusuk
diriku menjadi tabah dan bersemangat

rinduku semakin menebal
sayangku semakin kukuh
inspirasinya menyemarakkan semangatku

sayangku
rinduku
semangatku
diriku
miliknya....
terima kasih...

Love is Cinta

Cinta....

Dia di sini
Tika aku tiada
Bercakap
Betapa manisnya senyuman
Betapa bijaknya berkata
Berfikir dan bertindak


Dia di sini
Dan aku bersama
Betapa manisnya berkata
Betapa riangnya becanda
Betapa lembutnya lidah tak bertulang
berkata-kata
Berkayuh bersama
Tanpa menghirau rintangan dan seksaan
Melihat indahnya berpasangan
Ingin saja berkayuh jauh
Jauh dari daratan
Biar hanya berdua
Tapi daratan mesti dijejak
Bumi nyata harus dipijak
Manisnya senyuman
Bijaknya berkata


Dan aku di sini
Keseorangan
Mangadap PC yang entah bila jemu akan datang
Menonton TV yang entah bila siarannya akan tamat
Di dalam kamar, di ruang tamu
Di bilik mandi
Seorang
dan seorang


Dan dia di sana
Bersama
Yang layak menerima cincin kenangan
Yang layak diikat bersama
Yang layak
bersenyum
bercanda
berkata-kata
bersama


Aku di sini
Dan dia di sana
Menanti dan menanti
Mengharap dan mengharap
Menanti
dan mengaharap.

Terima Kasih Cinta

Beberapa hari kebelakangan ini aku ada terima sms bertanyakan tentang kebahagianku.Adakah aku bahagia?Bahagiakah aku?Macam mana perasaan bahagia?

"btw nmpak mcm tengah berbahagia je"
"kalau aku baca blog hg ni pn aku rasa hg tngah berbahagia"
"tahniah,hati U dah dimiliki!mesti bahagia"

Thanks kawan-atas atas sokongan kalian.Aku sebenarnya tak tau nak bagi reaksi macam mana atas sms2 yang korang bagi tu.Bahagiakah aku?Do I look bahagia?Hmm...Bagi aku ia adalah subjektif.Semua orang berhak memiliki kebahagiaan.Kadang-kadang bila seseorang itu ditimpa musibah dia rasa bahagia kerana diberi dugaan sedemikian.So,terpulang pada perspektif masing-masing untuk menganggap dia bahagia atau tidak.

Untuk menyemarakkan lagi kebahagian aku ini aku nak kongsi lagu ni bersama korang berserta vclip n lirik lagi.hope u all enjoy dan berbahagia selalu.

Dec 13, 2008

Sahabat....

"Kalau orang lain akan datang dan pergi,
Tapi kalau sahabat tetap dalam hati"

Penawar Rindu Pengubat Duka

Oh Tuhanku Allah yang maha berkuasa.
Alhamdulillah...
Tidakku sangka mimpiku seolah menjadi kenyataan.
Baru beberapa jam yang lepas aku baru post psl A yang dirindui tiba-tiba 'inbox' aku didatangi sms dari dia.terkejut aku.selalunya jarang skali sms ku dibalas tika cuti sekolah ni.Aku paham bukan disebabkan dia tak penah ingat kt aku tapi disebabkan komitmen dia pada famili dia.lagipun aku ni hanyalah sebagai sahabat dia.ada lagi yang lebih penting dari sahabat yang dia perlu utamakan.Saya paham A.Ini antara sms yang dihantarku dan juga yang diterima dari dia:


"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

"Apa Khabar?sihat?"

"Ok,Alhamdulillah"

"tiba-tiba pulak saya teringat kat awak...ngee.."

"Hmmm...mms apa awk hntar semalam?nmpak mcm laptop n bungkus2 lain"

"Itu barang yang saya shopping semalam ngn Yusri.Laptop untuk kak long dan buku-buku yang saya beli untuk saya baca.Eh malam tadi saya mimpikan awak"

"Hmm...teruk ni sampai termimpi-mimpi"

"Nak buat macam mana.Bukan kuasa saya.Sampai sekarang saya tersenyum2 bila pikir pasal mimpi tu.he..."

"Ni mesti mimpi pelik-pelik"

"Tak la.Mimpi Indah.Terubat rindu saya bila dapat sms dari awak"

"............."


Inilah penawar rinduku tika cuti sekolah ini.Bagiku cukupla sekadar bertanya khabar rinduku sedikit terubat.Mungkin baki korang ia biasa saja tapi tidak bagiku.Sms ini banyak mengubat rinduku pada A.
Terima Kasih A.

Dec 12, 2008

Rutin Harian dan Mimpi Yang Indah

Lebih kurang jam 8 aku terbangun dari tidur.Aku duduk bersandar di katil.Agak lama jugak aku termenung memikirkan mimpi yang aku alami malam tadi.Alangkah indahnya mimpi itu.Aku tersenyum bersendirian.Ah,persetankan.Itu hanyalah mainan tidur.Cepat-cepat aku matikan lamunanku itu.Seperti hari-hari yang biasa,aktiviti utamaku adalah lap keretaku dari sebarang habuk.Puas hatiku bila aku lihat keretaku bersinar disimbahai cahaya pagi.Alhamdulillah...



Seusai melakukan rutin biasa:mandi,makan dll aku mengadap komputer sambil mendengar lagu-lagu kegemaranku.Mimpi tadi muncul kembali dalam ingatanku.Aku tersenyum bersendirian.Tiba-tiba perasaan rindu menyelinap masuk.Hatiku tiba-tiba sayu dan sepi.A dan L bergilir-gilir hadir dalam ingatanku.Argh!!!

A dan L.dua insan yang banyak mengubah hidupku.2 Insan yang aku kasihi.2 insan yang aku rindui.Skarang dah penghujung 2008.Bermakna 2009 akan tiba dan ini bermakna umurku akan bertambah setahun lagi.25 tahun.Ah,patutkah aku menamatkan zaman bujangku?tidak!!tidak sama sekali.

L,sanggupkah kau menerimaku?
A,adahkah kau merindui ku seperti mana aku merinduimu?
L,aku cinta padamu.Kau adalah calon yang sesuai untuk menjadi ibu kepada anak-anak kita kelak.
A,kasihku tak akan luput padamu.Semoga hubungan kita kekal sepanjang hayat.

Aku teringat kata-kata yang aku sentiasa pegang dan lafazkan pada sahabat2 ku:

"kalau orang lain akan datang dan pergi,tapi kalau sahabat akan tetap di hati"

L dan A walaubagaimanapun kau tetap di hatiku.

Ya Allah,sungguh indah perancanganMu kepadaku.Sungguh indah anugerahMu kepadaku.

Alhamdulillah...

Dec 11, 2008

Shopping2 Day

Dah bnyak hari aku rancang untuk keluar shopping2 semenjak cuti sekolah ini tapi disebabkan takdak geng dan juga disebabkan keja2 yang terpaksa dilakukan aku pendamkan saja niatku.Komputer riba yang Kak Long aku suruh beli juga terpaksa ditangguhkan.Akhirnya setelah berminggu-minggu niat ini tertangguh, hari ini tercapai jugak untuk aku pergi pekan A.Star shopping2.Kebetulan kawanku Yusri lapang, jadi aku mengajak dia sekali untuk meneman aku shopping.Alhamdulillah semua barang yang aku nak dapat dibeli hari.Puas hati sangat walaupun penat.Rasa berbaloi atas segala keringat dan wang ringgit yang aku keluarkan setelah apa yang aku hajati diperoleh.

Pertama skali aku pegi beli komputer riba untuk Kak Long dulu.Aku pegi Plaza Sentosa di jalan Putra.Plaza ni ala2 Plaza Low Yatt kt K.L la.smua brg2 komputer ada si sini.Setelah puas meneliti akhirnya aku pilih satu.Tokey cakap kena tunggu 2 jam untuk dia install Windows baru boleh amik.Aku dah agak dah sebab masa aku bli laptop aku pn macam tu sebab tula aku ckap kat Yus pegi beli laptop dulu kemudian baru pegi beli barang2 lain.masa menunggu 2 jam tu aku gunakan untuk beli barang2 lain.


Ini antara barang-barang aku beli tadi

Kutunjukkan satu-satu ya...


Komputer riba untuk Kak Long
Acer Aspire 4530ANXWMI
Spesifikasi:
AMD Turion 64 MK36(2.00Ghz 512kb)
14. WXGA Color Shne LCD
ATI Express 110M Graphic
1GB DDR RAM
160GB Hard Disk Drive
Harga : RM 1889.00

Kemudian aku ajak Yus pegi City Plaza. Di situ aku nak beli buku yang dah lama aku nak tapi masa tu aku xberpeluang beli sebab duit kurang cukup.hehe...sampai ja City Plaza trus aku pegi kedai Popular.Cari punya cari tak jumpa plak buku tu.Buku lain plak aku jmpa iaitu novel oleh Khaled Hosseni The Kite Runner. Buku ni kawan aku epoy yang rekomenkan.Tak dapat buku yang aku nak aku amik je buku ni.


Epoy,thanx for introduced me this book

Masa tu dah pukul 1 ptg.Perut dah berkeroncong kelaparan.Aku ajak Yus ke McD kt bawah plaza tu.Aku cakap nak makan prosperity burger.Yus cakap Ok je...thanx Yus.hehe...

Lepas makam McD aku tak puas hati sebab buku yang aku nak xdapat2 lagi.So,aku ajak Yus pegi Popular kat Tesco Mergong.Yus cakap x kesah,dia ikut je...thanx again Yus. Sampai je kat Popular tu aku tanya sales person kt situ.Dia cakap buku tu habis.Aduss kecewanya...aku tak puas hati.Aku ajk Yus pegi Popular kat Star Parade plak.Malangnya takdak jugak kay situ.huhuhu....
Pikir punya pikir aku teringat ada satu lagi bookstore yang belum kami pegi.Kedai buku DBP kat jalan Langgar. Sampai je kat situ terus aku attact sales person kt situ tanya pasal buku tu. Alhamdulillah jumpa jugak buku tu.Hard cover lagi.Special Edition.Fuhhh lega gila...Thanx Yus kerana sanggup susah-susah ngan aku cari buku ni:


Alhamdulillah....

Kemudian,dah tiba masa aku pegi amik komputer riba tu.Masa amik aku teringat nak beli external hard disk.Aku mntak kt tokey tu harga diskaun.Alhamdulillah dapat jugak dikaun.

kapasiti:160GB
harga:RM180

Shopping2 dah habis.Alhamdulillah...
aku tegok jam dah lewat pukul 6 ptg.
Solat asar kat Masjid Zahir.kemudian aku ajak Yus minum2 kat Nashmir Jitra.
Sampai rumah kul 7.30
Alhamdulillah satu hari suntuk aku bersopping.Puas dapat beli barang-barang yang aku nak.
Terima kasih Yus
Syukur kapada-Mu Ya Allah...
Ops terlupa balik rumah snappy2 barang2 yang aku beli ni untuk mms ke A kemudian sempat lagi mms ke Adi.hehehe...

Dec 4, 2008

Cuti Sekolah

Cuti,cuti dan cuti.
Argh!!Bosan.
Rasa ridu semakin mengigit.
Pedih dan pahit untuk ditelan.
F,sikapmu yang acuh tak acuh membuatkan rasaku semakin pudar untukmu.
Maafkanku kerana sudah lama smsku tak menghinggap ke dalam "peti masuk" mu.
Y,teima kasih kerana melayan smsku dan terima kasih untuk hari ini.2 jam yang amat bermakna!rinduku sedikit terubat.
L,maafkan abg ya.hati ini semestinya milikmu tapi jiwa ini belum bersedia.harap kau memahaminya.

Cuti,cuti dan cuti.
Dua aktivi yang membuatkanku sedikit resah:
Berkhatan dan Kenduri Kahwin.

Cuti,cuti dan cuti.
Berkhatan:

anak saudaraku yang berkhatan

Pengalaman gelapku(mungkin lucu bagi sesetengah saudaraku)seolah-olah menjelma kembali bila 3 anak saudaraku mengalaminya dalam musim cuti ini.
Argh!!persetankan suara-suara ketawa itu!

Cuti,cuti dan cuti.
Kenduri Kahwin:
Status bujangku mula menjadi buah mulut rakan-rakan ibuku dan saudara-saudaraku.
Mula la ada yang ingin menjadi agen mencari jodoh yang tak bertaulah.
Ada jugak yang ingin merekomenkankan anak-anak saudara,cucu-cucu dan juga anak-anak jiran mereka kepadaku.
Hey!aku baru 24 tahun la!!!
Biarlah aku menikmati zaman bujangku sepuas-puasnya dulu.
L,maafkan abg ya.Semoga ada jodoh antara kita berdua.Tapi bukan sekarang ya.hehe...

Cuti,cuti dan cuti!!