Dec 16, 2008

Inspirasku

Hari ini aku nak cakap pasal seorang yang banyak memberi inspirasi kepadaku melalui penulisannya.Orang itu adalah A.Samad Said.Karya-karyanya sangat agung bagiku.Boleh dikatakan semua karyanya aku ada.Setelah aku membeli buku antologi puisinya baru-baru ini (lihat entry sebelum ini) kukira hampir semua puisinya aku ada.Alhamdulillah...

Aku terasa sangat puas bila setiap kali aku berjaya memiliki hasil karya beliau.Tapi aku sedikit kecewa dengan penerbitan buku beliau.Aku lihat tak banyak buku-buku beliau di toko-toko buku.Contohnya buku yang aku beli baru-baru ini.Sangat susah untuk mendapatkannya.Empat buah toko buku yang agak besar di Alor Setar ni aku geledah.Jawab juru jualnya buku itu habis.Nasib baik toko buku terakhir yang aku singgah ada buku ini itupun stok yang terakhir.Kawanku yang tinggal di Subang juga mengalami nasib yang sama.Pelik!Kalau buku-buku lain ada pula!
Aku tak pasti siapa patut dipersalahkan.Sama ada penerbit yang tidak berani menerbit buku-buku macam ni kerana takut tak laku ataupun para pembaca kita yang tidak sudi membeli buku-buku macam ni.

Bagaimanapun aku harap sangat kita semua memartabatkan sastera kita.Karya-karya sasterawan kita seperti A.Samad Said,Shahnon Ahmad,S Othman Kelantan,Faisal Tehrani dan lain-lain lagi sama setanding dengan karya-karya luar yang sesetengah daripada kita agung-agungkan.Bila permintaan untuk buku-buku ni bertambah mungkin para penerbit baru berani untuk menerbitkan karya-karya mereka ini.
Di sini aku nak berkongsi satu puisi daripada Pak Samad yang kukira menjadi motivasi buatku:

"Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat"



Buku yang memuatkan hampir semua puisi-puisi A.Samad Said

2 comments:

redzuwan said...

kirim salam kat piduih.. cakap kat dia..SHELL panggil interview jgn tolak...

mnsyahrirabdullah said...

deqwan: InsyaAllah salam hang akan aku sampaikan.piduih dah cerita kat aku pasal 'panggilan' dr SHELL tu...haha...nampak sangat hang dah lama tak balik kedah sampai piduih pn tak 'cam' sora hang.