Dec 28, 2009

Kenapa Aku ber'blog' dan Berita Gembira

Terlalu lama aku tak update blog ni.kalau tengok tarikh pada post terakhir sudah hapir empat bulan aku tak update blog ni.Kalau la blog ni adalah rumah dah lama dah ia bersawang.Entah kenapa aku begitu malas sekali nak update blog ni.padahal hari-hari aku buka blogspot ni baca blog-blog yang aku follow.Bila difikir-fikir ada beberapa faktor.Antaranya mungkin aku sudah ada medium lain untuk meluahkan segala rasa aku.Tujuan aku berblog di sini adala untuk meluahkan segala rasa yang aku alami sepanjang hidupku.Tapi setelah aku memperoleh A sebagai tempat aku meluahkan sagala-galanya,aku hampir melupakan blog ini.Tapi kenapa plak aku menulis di sini?adakah A sudah meninggalkan aku sampai aku sudah tiada siapa-siapa untuk meluahkan rasa?Oh TIDAK! Tidak sama sekali.Aku tidak akan meniggalkan A dan A takkan tinggalkan aku.kami sudah terikat kuat dan tiada apa-apa yang dapat memisahkan kami walaupun jarak antra kami terlalu jauh(ce wahhh).Tapi kena aku menulis di sini padahal A sudah ada?Well, ini adalah kerana aku sayangkan blog ni.Blog ni lah yang menjadi medium untuk aku meluahkan rasa sebelum ni.Takkan aku nak melupakan terus blog ni kan walhal 'dia' banyak berjasa kepadaku.So,aku menggahakan diri jugak untuk menulis dini.Lagipun beberapa kawanku ada jugak bertanya bila lagi aku nak update blog ni.jadi, takkan aku nak hampakan diorang plak kan(wahh...macam artis popular plak.ada ka orang baca blog aku ni?hahaha).Ok,takmau bebel banyak sangat.aku pun ada kerja lain.Lepas ni nak basuh 'cik hitam' aku.Semenjak cuti ni aku tak pernah cuci dia.It mean dah sebulan lebih aku tak cuci dia.Sian cik hitam aku ni.huhuhu...OKlah,di sini aku nak kongsi kegembiraan aku.sebenarnya tulisan tentang kegembiraan aku ni dah lama aku post kat facebook.Disebabkan kemalasan tahap dewa aku copy paste saja note tu kat sini.hehehe..Anyway,aku bersyukur sangat atas segala ketentuanNya.

***************************************************************************************************************************************************

Berita Gembira

Hari ni aku dapat satu berita yang menggembirakan.sedikit sebanyak ia dapat mengubat kekecewaanku tak dapat tukar ke negeri Kedah.Dan disini aku ingin berkonsi kegembiraan ini bersama-sama kawan-kawankui yang banyak memberi moral support.Alhamdulillah pada hari ini 13 November 2009 aku telah dapat satu berita yang betul-betul di luar jangkaan.tidak kusangka permohonan aku untuk bertukar daerah ke daerah yang lebih dekat lagi dengan negeri Kedah telah berjaya!Kusangka setelah permohonan aku untuk bertukar negeri tidak lulus maka pertukaran daerah pun tak lulus.rupa-rupanya sangkaan aku tidak betul!pagi tadi tanpa disangka aku telah dapat sekeping surat menyatakan aku dapt bertukar ke SK Gunung Semanggol.pada mulanya aku takut jugak sekolah ni jauh dari hiway dan susah untuk aku pulang ke Kedah.tapi setelah aku pergi survey kat sekolah tu petang tadi segala persoalan sudah terjawab.di sini aku nak listkan beberapa kelebihan setelah aku bertukar ke sana:

1. jarak perjalanan untuk aku pulang ke Kedah atau Penang lebih dekat.Jika aku di Langkap ni jarak perjalanan aku ke Kedah kira-kira 300KM ++ dan ke Pulau Pinang kira-kira 150KM++.tapi kalau dari gunung semanggol lebih kurang dari separuh dapat dikurangkan!

2.Kos minyak.kalau dah jarak perjalanan pn kurang hampir separuh maka kos minyak pn dapat dikurangkan.jika sebelum di Langkap kos petrol untuk pegi saja sudah Rm50 tapi kali ni dapat dikurangkan kepada RM25!

2.kos tol highway dapat dikurangkan.kalau dari Langkap ke Kedah kos tol adalah RM32.90.tapi kalau dari G.Semanggol ke Kedah aku dapat jimat sebanyak RM13.20.Alhamdulillah...

3.jarak tempat tinggal ke highway lebih dekat.Jika dari Langkap jarak ke highway agak jauh iaitu kira-kira 40Km tapi kalau dari SK G.Semanggok jarak ke highway Bkt Merah hanya 5KM!

4.Kos sewa rumah lebih murah.kos rumah sewa di G.Semanggoli adalah sekitar RM180-RM200.tapi di Langkap adalah RM250.

5.dan yang paling penting sekali iaitu yang tak ternilai oleh wang ringgit,aku dapat pulang kerap ke kampung menziarah mak aku!

Alhamdulillah...bersyukur sangat kepada Ilahi kerana memakbulkan doaku dan juga doa ibuku.Walupun tak dapat tukar ke Kedah terus tapi ini sudah cukup untuk mengurangkan beban dan penderitaanku yang aku alami di sini.Terima kasih kawan-kawanku yang sama-sama berdoa.Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian...:)

Nak tambah lagi,tempat baru aku ni dekat dengan Bukit Merah Laketown Resort dan Taiping.so,hidup aku nanti akan lebih enjoy!InsyaAllah...
satu lagi jutaan terima kasih kepada Abang Usop dan Syahrol kerana banyak membantu aku berpindah dari Langkap ke Gunung Semanggol terutaman sekali Abang Usop yang sama-sama bertungkus lumus angkat barang,amik motor yang dipost,sama-sama cari rumah sewa dan temankan aku mengangkut barang masa cuti sekolah hari tu.Abang Usop,kalau anda membaca blog ini saya ucapkan TERIMA KASIH!SEMOGA BERSAHABATAN KITA INI KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT!