Lebih kurang jam 8 aku terbangun dari tidur.Aku duduk bersandar di katil.Agak lama jugak aku termenung memikirkan mimpi yang aku alami malam tadi.Alangkah indahnya mimpi itu.Aku tersenyum bersendirian.Ah,persetankan.Itu hanyalah mainan tidur.Cepat-cepat aku matikan lamunanku itu.Seperti hari-hari yang biasa,aktiviti utamaku adalah lap keretaku dari sebarang habuk.Puas hatiku bila aku lihat keretaku bersinar disimbahai cahaya pagi.Alhamdulillah...
Seusai melakukan rutin biasa:mandi,makan dll aku mengadap komputer sambil mendengar lagu-lagu kegemaranku.Mimpi tadi muncul kembali dalam ingatanku.Aku tersenyum bersendirian.Tiba-tiba perasaan rindu menyelinap masuk.Hatiku tiba-tiba sayu dan sepi.A dan L bergilir-gilir hadir dalam ingatanku.Argh!!!
A dan L.dua insan yang banyak mengubah hidupku.2 Insan yang aku kasihi.2 insan yang aku rindui.Skarang dah penghujung 2008.Bermakna 2009 akan tiba dan ini bermakna umurku akan bertambah setahun lagi.25 tahun.Ah,patutkah aku menamatkan zaman bujangku?tidak!!tidak sama sekali.
L,sanggupkah kau menerimaku?
A,adahkah kau merindui ku seperti mana aku merinduimu?
L,aku cinta padamu.Kau adalah calon yang sesuai untuk menjadi ibu kepada anak-anak kita kelak.
A,kasihku tak akan luput padamu.Semoga hubungan kita kekal sepanjang hayat.
Aku teringat kata-kata yang aku sentiasa pegang dan lafazkan pada sahabat2 ku:
"kalau orang lain akan datang dan pergi,tapi kalau sahabat akan tetap di hati"
L dan A walaubagaimanapun kau tetap di hatiku.
Ya Allah,sungguh indah perancanganMu kepadaku.Sungguh indah anugerahMu kepadaku.
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment