Dah bnyak hari aku rancang untuk keluar shopping2 semenjak cuti sekolah ini tapi disebabkan takdak geng dan juga disebabkan keja2 yang terpaksa dilakukan aku pendamkan saja niatku.Komputer riba yang Kak Long aku suruh beli juga terpaksa ditangguhkan.Akhirnya setelah berminggu-minggu niat ini tertangguh, hari ini tercapai jugak untuk aku pergi pekan A.Star shopping2.Kebetulan kawanku Yusri lapang, jadi aku mengajak dia sekali untuk meneman aku shopping.Alhamdulillah semua barang yang aku nak dapat dibeli hari.Puas hati sangat walaupun penat.Rasa berbaloi atas segala keringat dan wang ringgit yang aku keluarkan setelah apa yang aku hajati diperoleh.
Pertama skali aku pegi beli komputer riba untuk Kak Long dulu.Aku pegi Plaza Sentosa di jalan Putra.Plaza ni ala2 Plaza Low Yatt kt K.L la.smua brg2 komputer ada si sini.Setelah puas meneliti akhirnya aku pilih satu.Tokey cakap kena tunggu 2 jam untuk dia install Windows baru boleh amik.Aku dah agak dah sebab masa aku bli laptop aku pn macam tu sebab tula aku ckap kat Yus pegi beli laptop dulu kemudian baru pegi beli barang2 lain.masa menunggu 2 jam tu aku gunakan untuk beli barang2 lain.
Ini antara barang-barang aku beli tadi
Kutunjukkan satu-satu ya...
Komputer riba untuk Kak Long
Acer Aspire 4530ANXWMI
Spesifikasi:
AMD Turion 64 MK36(2.00Ghz 512kb)
14. WXGA Color Shne LCD
ATI Express 110M Graphic
1GB DDR RAM
160GB Hard Disk Drive
Harga : RM 1889.00
Kemudian aku ajak Yus pegi City Plaza. Di situ aku nak beli buku yang dah lama aku nak tapi masa tu aku xberpeluang beli sebab duit kurang cukup.hehe...sampai ja City Plaza trus aku pegi kedai Popular.Cari punya cari tak jumpa plak buku tu.Buku lain plak aku jmpa iaitu novel oleh Khaled Hosseni The Kite Runner. Buku ni kawan aku epoy yang rekomenkan.Tak dapat buku yang aku nak aku amik je buku ni.
Epoy,thanx for introduced me this book
Masa tu dah pukul 1 ptg.Perut dah berkeroncong kelaparan.Aku ajak Yus ke McD kt bawah plaza tu.Aku cakap nak makan prosperity burger.Yus cakap Ok je...thanx Yus.hehe...
Lepas makam McD aku tak puas hati sebab buku yang aku nak xdapat2 lagi.So,aku ajak Yus pegi Popular kat Tesco Mergong.Yus cakap x kesah,dia ikut je...thanx again Yus. Sampai je kat Popular tu aku tanya sales person kt situ.Dia cakap buku tu habis.Aduss kecewanya...aku tak puas hati.Aku ajk Yus pegi Popular kat Star Parade plak.Malangnya takdak jugak kay situ.huhuhu....
Pikir punya pikir aku teringat ada satu lagi bookstore yang belum kami pegi.Kedai buku DBP kat jalan Langgar. Sampai je kat situ terus aku attact sales person kt situ tanya pasal buku tu. Alhamdulillah jumpa jugak buku tu.Hard cover lagi.Special Edition.Fuhhh lega gila...Thanx Yus kerana sanggup susah-susah ngan aku cari buku ni:
Alhamdulillah....
Kemudian,dah tiba masa aku pegi amik komputer riba tu.Masa amik aku teringat nak beli external hard disk.Aku mntak kt tokey tu harga diskaun.Alhamdulillah dapat jugak dikaun.
kapasiti:160GB
harga:RM180
Shopping2 dah habis.Alhamdulillah...
aku tegok jam dah lewat pukul 6 ptg.
Solat asar kat Masjid Zahir.kemudian aku ajak Yus minum2 kat Nashmir Jitra.
Sampai rumah kul 7.30
Alhamdulillah satu hari suntuk aku bersopping.Puas dapat beli barang-barang yang aku nak.
Terima kasih Yus
Syukur kapada-Mu Ya Allah...
Ops terlupa balik rumah snappy2 barang2 yang aku beli ni untuk mms ke A kemudian sempat lagi mms ke Adi.hehehe...
No comments:
Post a Comment