May 30, 2009

Cuti Sekolah

Bemulalah cuti sekolah pertengahan tahun dari 30 Mei hingga 14 Jun 2009 iaitu selama 16 hari.Bagi pelajar-pelajar sekolah inilah yang ditungu-tunggu setelah 5 bulan betungkus lumus menuntut ilmu apatah lagi setelah penat mengulangkaji untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun yang berlangsung sebelum cuti bermula. Bagi yang tidak berada dalam bidang pendidikan mungkin tidak terasa suasana cuti sekolah ini.Tapi bagi aku inilah yang dinanti nantikan setelah hampir 5 bulan berusaha untuk menigkatkan tahap pengusaan ilmu murid-muridku. Tambahan pula tempat aku bertugas jauh dari kampung halamanku.Cuti sekolah inilah merupakan peluang aku untuk balik ke kampung berjumpa ibu dan sanak saudara.Tiada apa yang mengujakan diri ini melainkan pulang ke kampung halaman sendiri.Cuti sekolah ini akan digunakan sepenuhnya menziarahi sanak saudara dan juga bercuti bersama keluarga.Ibu,nantikan kepulangan anakmu Isnin nanti!yaay!!

Kepada semua guru selamat bercuti dan selamat balik kampung bagi guru-guru yang kampungnya jauh dari tempat bertugas.

Namun begitu sebagai seorang guru tugasan sekolah sama sekali tidak akan ditinggalkan sepanjang cuti sekolah ini.Aku sendiri akan membawa pulang bersama-samaku kertas-kertas ujian yang perlu disemak,buku perancangan pengajaran yang perlu dikemaskini dan juga perlu memikirkan perancangan-perancangan yang perlu dilakukan untuk murid-murid tahun 6 memandangkan peperiksaan UPSR semakin dekat.Itulah CIKGU namanya.

Selamat Bercuti!

May 23, 2009

Halo

Remember those walls I built
Well, baby they're tumbling down
And they didn't even put up a fight
They didn't even make up a sound

I found a way to let you in
But I never really had a doubt
Standing in the light of your halo
I got my angel now

It's like I've been awakened
Every rule I had you breakin'
It's the risk that I'm takin'
I ain't never gonna shut you out

Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace

You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo halo halo

Hit me like a ray of sun
Burning through my darkest night
You're the only one that I want
Think I'm addicted to your light

I swore I'd never fall again
But this don't even feel like falling
Gravity can't forget
To pull me back to the ground again

Feels like I've been awakened
Every rule I had you breakin'
The risk that I'm takin'
I'm never gonna shut you out

Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo halo halo

Halo, halo

Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace

You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo halo halo

Halo-Beyonce

May 22, 2009

Pening...

Mula2 rampas kuasa
kemudia tak puas hati
naik mahkamah
menang....
berkuasa kembali
tak sampai 24 jam
tangguh pulak kuasa tu
kemudia kalah
yang satu lagi berkuasa
kemudian yang tak puas hati mesti naik mahkamah pulak
turun mahkamah
naik mahkamah
turun
naik
berkuasa
tak berkuasa

aku pening....
rakyat-rakyat pening
Ah,malas nak ambik tau.

Cerita Monyet

Petang tadi ketika berjalan-jalan ambil angin di luar aku ternampak sekumpulan monyet bermain-main di bawah pokok ketapang.Aku berhenti seketika melihat monyet-monyet itu. Takut jugak nanti tiba-tiba pula ada monyet yang terkam aku.Dalam keadaan aku berjalan perlahan-lahan sambil mata aku melihat sekumpulan monyet itu aku ternampak ada dua ekor monyet yang sedang bergaduh untuk mendapatkan sebiji pisang.Monyet yang tengah pegang pisang itu bulunya cerah sedikit.Warna bulunya keperang perangan(selepas ini aku akan panggil monyet ini Monyet Cerah) manakala monyet yang satu lagi bulunya hitam pekat(aku panggil Monyet Gelap).


Monyet Cerah tengah pegang pisang manakala Monyet Gelap kelihatan hendak merampas pisang itu dari Monyet Cerah.Manakala monyet-monyet lain yang bermain di bawah pokok ketapang itu ada yang sedang melihat pergaduhan itu dan ada jugak yang tak hirau dengan pergaduhan itu.Monyet-monyet yang mengikuti pergaduhan itu kulihat membentuk dua kumpulan.Satu kumpulan berkumpul di belakang Monyet Cerah.Kukira monyet-monyet ini penyokong Monyet Cerah manakala sekumpulan lagi berkumpul di belakang Monyet Gelap.Mungkin kumpulan ini penyokong Monyet Gelap.Ketika Monyet Cerah memegang pisang emas itu kumpulan monyet di belakangnya bersorak-sorak kuat membingitkan telinga.Tiba-tiba ketika monyet-monyet lain bersorak ada dua ekor monyet dari kumpulan Monyet Cerah menerpa Monyet Cerah sehingga pisang yang berada di tangannya terjatuh.Dengan pantasnya Monyet Gelap yang pada ketika itu hanya menunggu masa saja terus menerkam pisang yang terjatuh dari tangan Monyet Cerah itu.Kumpulan monyet yang berada di belakang Monyet Gelap pun bersorak-sorak girang sambil terkinja-kinja melompat girang.Dua ekor monyet yang merempuh Monyet Cerah itu pula memaling tadah memasuki kumpulan Monyet elap pula.Kumpulan monyet cerah melalak melolong tanda marah kepada dua ekor monyet itu kerana berpaling tadah dan pada Monyet Gelap kerana merampas pisang itu tanpa kerelaan Monyet Cerah.Suasana di bawah pokok ketapang riuh rendah!monyet-monyet lain yang pada mulanya tidak hiraukan pergaduhan itu turut bersorak-sorak.Ada yang menyokong Monyet Cerah ada juga yang menyokong Monyet Gelap.


Monyet Cerah tidak puas hati.Dia terlompat-lompat,terkinja-kinja mengelilingi Monyet Gelap menandakan dia tidak puas hati dan ingin merampas kembali pisang itu.Monyet Gelap memeluk dengan erat pisang itu.Manakala kumpulan monyet-monyet lain terlompat-lompat dan bercakaran sesama sendiri.Monyet Gelap pada ketika itu memuka mulutnya luas-luas menunjukkan taringnya tanda kemenangan.Seolah-olah dia telah berkuasa sepenuhnya dengan mendapatkan pisang itu.Monyet Cerah pula tidak putus asa,dia mengelilingi Monyet Gelap menunggu pisang itu terlepas dari tangan Monyet Gelap.


Aku terus menonton...seolah-olah sedang menonton babak drama di televisyen.


Monyet Cerah dengan tegas ingin mengambil semula haknya.Dia berteriak dengan kuat sambil terlompat-lompat ingin mengambil semula haknya.Monyet Gelap pada ketika itu terlalu gembira meraikan kemenangannya itu sehingga terlupa tentang pisang yang ada pada tangannya.Genggamannya pada pisang itu semakin lama semakin longgar.Monyet Cerah yang hanya menuggu masa saja terus meenggut pisang yang berada tangan Monyet Gelap."oak! oak! oak!" teriak Monyet Cerah kegembiraan sambil berlari-lari,telopat-lompat mengelilingai pokok ketapang itu.Sambil melompat-lompat kegirangan Monyet Cerah sempat lagi menendang dua ekor monyet yang menyokong Monyet Gelap.Dua ekor monyet itu terkal-kial kesakitan akibat ditendang Monyet Cerah.Penyokong-penyokong Monyet Cerah terlompat-lompat sambil berteriak kegirangan.Kemenagan di pihak mereka!Terbukti pisang itu adalah hak Monyet Cerah.


Tak sampai 14 minit pisang itu ditangan Monyet Cerah tiba-tiba pisang itu terjatuh ketika Monyet Cerah terlompat keseronokan.Monyet Gelap pula terus merampas kembali.Monyet Cerah duduk terdiam.Kecewa kerana haknya diambil kembali Monyet Gelap.Monyet Cerah kelihatan tidak puas hati.Dia ingin merampas kembali pisang itu.


Cerita ini setakat ini saja.Aku bosan menonton.Aku dh jadi pening dengan pergaduhan ini.Lalu aku beredar.Aku tak pasti bagaimana pengakhirannya.Mungkin pisang itu milik Monyet Gelap selamanya atau mungkin Monyet Cerah terus berebut dengan Monyet Gelap.Aku tak pasti.Aku dah bosan dengan sandiwara rampas-merampas ini.Aku berlalu sambil menggaru kepala.Dalam hati aku berkata "lantak kau lah monyet..."

May 18, 2009

Kami Guru Malaysia









Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera Puteri negara kita...

Pada Seri PAduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua...

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu,membina
Negara yang tercinta...

Amanah yang diberi
Kami takpersiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

.............................................................................................................................................................................


Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

tanpa mengenal erti penat dan lelah

mendidik anak bangsa Malysia




Kami guru Malaysia

tiada apa yang menggembirakan kami

melainkan melihat anak-anak ini bejaya...



Kami guru Malaysia

Tiada hadiah yang dapat menggembirakan hati kami

melainkan kejayaan dan kecemerlangan anak didik kami

Terima kasih guru-guru Malaysia kerana mendidik kami menjadi seorang pendidik yang akan meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa kita.

*gambar diambil sempena sambutan hari guru peringkat sekolah SK St Anthony caw Langkap

May 17, 2009

Tragedi 7 Hari

7 hari yang lalu aku terhumban ke dalam satu lembah kegelapan.Ia terlalu gelap.Termat-amatlah gelap sehingga aku teraba-raba mencari sesuatu yang kehilangan.Tidak pernah dalam sejarah hidupku terjadi seperti ini.Puas aku teraba-raba mencari.puas aku merayap-rayap.Oh tuhan,amat perit ketika itu.Tiada sekelumit pun cahaya yang dapat menerangiku ketika itu.Gelap segelapnya sehingga tapak tanganku sendiri tidak kelihatan.Aku terus meraba-raba,merangkak-rangkak mencari sedikit cahaya untuk memanduku ke arah yang lebih terang.Oh tuhan,kemanakah cahaya itu?cahaya yang sentiasa memandu jalanku,sentiasa membantuku dalam setiap pergerakanku.Dimanakah ia?Oh tuhan,apa yang telah kulakukan sehingga tiada cahaya yang ingin membantuku?Apakah dosaku tuhan?Adakah cahaya itu memarahiku?adakah cahaya itu telah membenciku?Oh Tuhan berilah aku sedikit petunjuk apakah sebenarnya yang terjadi.Kenapa dengan tiba-tiba cahaya itu menjauhi diriku hilang tanpa penjelasan tanpa sebarang petunjuk.Oh Tuhan, 7 hari aku tinggal dalam kegelapan,meraba-raba,merangkak mencari keterangan untuk aku meneruskan hidup ini.7 hari aku tinggal dalam kepayahan.Sungguh berat dugaan ini.Tpi hairan,tiada setitik pun air mata yang mengalir.Tiada pula rasa kecewa dan putus asa.Malah aku terus bersemangat dan bertambah cekal merangkak dan meraba-raba mencari cahaya yang dapat mamanduku ke jalan yang lurus itu.

Kini setelah melalui 7 hari dalam kepayahan itu,ada satu cahaya berjaya menembusi ke dalam lembah kegelapan ini.Cahaya itu tembus melalui satu lubang yang sangat kecil.Lubang itu kukira sebesar lidi penyucuk sate.Tetapi ia cukup.Cukup untukku menjalankan tugas-tugas harianku.Cukup untuk aku meneruskan perjalan ini.Cukup untukku bersyukur padaMu Tuhan.Tetapi bila kulihat dan kutenung betul-betul aku dapati cahaya itu sedikit lain.Kuperatikan cahaya itu seperti sedikit rakus dan pongah.Kerana kulihat kadang-kadang cahaya itu terlalu terang seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk padaku bahawa dialah satu-satunya sumber cahaya untukku.Cahaya itu juga hampir membakar lantai tempat ku duduk kerana ia terlalu terang.Dan kadang-kadang ia memanaskan sehingga aku terpaksa menelanjangkan tubuhku kerana tak tertahan dengan kepanasan cahaya itu.

Aku keliru dan bertambah keliru.Apakah cahaya ini?kenapa ia begitu lain dari yang sebelumnya.Aku semakin dalam dilema.Hendak ditutupkan lubang itu tidak boleh.Nanti aku akan kembali dalam kegelapan.Kembali dalam kesengsaraan.Tapi kalau aku biarkan cahaya yang menembusi lurus lubang sebesar lidi penyucuk sate itu aku akan mengalami kesusahan akibat kerakusan dan kepongahan cahaya itu.

Aku keliru dan bertambah keliru.Aku buntu dan tidak mengerti.Jenis apakah cahaya ini?adakah cahaya ini datangnya dari api neraka?atau ia nur syurgawi.Entah,aku kebuntuan dan aku masih dalam kecelaruan!Namun hidup ini harus diteruskan.Aku tidak akan berhenti merangkak,meraba-raba dan merayap mencari jalan itu.Selagi nyawa ini dikandung badan selagi itulah aku akan terus mencari

May 16, 2009

Selamat Hari Guru!!

Dulu
Tiga belas tahun yang lalu ada seorang kanak-kanak.Umurnya dalam lingkungan 12 tahun.Apabila ditanya apakah cita-citanya dia akan berkata dia ingin menjadi guru.

"ya,cita-cita saya nak jadi guru.hanya guru"

Dan apabila ditanya kenapa,dia akan menjawab

"sebab (arwah)ayah saya seorang guru,(arwah)abang saya juga seorang guru,kakak-kakak saudara saya juga bakal menjadi guru.Mereka sekarang sedang menjalani latihan perguruan di maktab"

Maka yang bertanya itupun mengangguk-angguk kepalanya tanda paham.Hatinya berbisik keturunan pendidik rupanya.Dia lihat mata kanak-kanak itu bersinar-sinar apabila kanak-kanak itu berkata dia ingin menjadi guru.Bersungguh benar dia ingin menjadi guru.Yang bersoal itu yakin suatu hari nanti kanak-kanak ini akan menjadi seorang pendidik.

Dulu
Beberapa tahun seterusnya kanak-kanak itu membesar manjadi remaja.Kanak-kanak itu sungguh beruntung diberikan minda yang tajam oleh Allah s.w.t dan juga semangatnya yang tinggi sehingga dia dapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan ketika sekolah menengah.Maka,disebabkan itu dia semakin lupa tentang cita-citanya itu.Kecemerlangan dia dalam setiap mata pelajaran di sekolah menengah membuatkan dia mengimpikan cita-cita baru.Dia mula bercita-cita menjadi peguam.Kemudian enggineer.Kemudian ahli sains dan macam-macam lagi bidang-bidang profesional yang lain yang lebih popular dari guru.Dia semakin lupa dengan cita-cita murninya ingin menjadi seorang pendidik anak bangsa.

Dulu
Beberapa tahun selepas itu,anak itu seperti lupa terus akan cita-citanya itu.Anak itu tidak mengambil kursus dalam bidang pendidikan ketika memasuki pengajian tinggi.Setelah tamat kursus itu di peringkat ijazah sarjanamuda anak itu mencuba pelbagai kerja dari seorang pembacuh kopi kepada seorang exsekutif di syarikat korporat berstatus GLC.Tetapi sepanjang masa anak ini melakukan kerja itu,hatinya tidak dapat ketenangan dan kepuasan yang total.Dia rasa ada sesuatu yang tak kena.Dia rasa ini bukan sesuatu yang dia mahu.

Dulu
Tanggal 1 Februari 2007 sesuatu yang mengubah arah tuju anak itu telah berlaku.Sesuatu yang tidak dijangkakan oleh anak itu.Sesuatu yang akan mengubah nasib anak itu.Anak itu telah dpanggil untuk melaporkan diri sebagai pelajar kursus perguruan lepasan ijazah.Terduduk anak itu ketika menerima berita itu.Anak itu termenung jauh.Kisah-kisah lampau terimbau kembali.
"ya,inilah yang selama ini yang aku inginkan.Inilah yang akan memberikan kepuasan dalam hidupku".Anak itu berbisik di dalam hatinya.

Alhamdulillah...anak itu bersyukur kerana dia tidak menyimpang jauh dari cita-cita asalnya dan dia terlalu bersyukur akhirnya secara tidak disangka-sangka cita-citanya kembali mekar dan hampir menjadi realiti!

Kini
sudah setahun lima bulan anak itu bergelar pendidik.Seorang guru.Seorang yang dipanggil cikgu.Anak ini sentiasa berdoa agar dia menjadi seorang pendidik,guru,cikgu yang sentiasa mendidik dengan penuh tekun.Anak ini bersyukur kerana dia akhirnya menjadi seperti apa yang dicitakannya 13 tahun yang lalu.Anak ini bersyukur kerana dia dapat menyambung legasi ayahnya iaitu pendidik.Anak itu adalah aku!



Ibu,Ayah,abang,kakak-kakak dan saudara-saudara,terima kasih atas semangat dan dorongan kalian dalam membantu diri ini mencapai cita-cita.

Di sini ingin aku dedikasikan selamat hari guru buat semua guru-guru yang pernah mendidik aku.Buat ibu, buat guru-guru di SK Sultan Ahmad Tajuddin (1991-1993) SK Bukit Payung (1994-1996) SMK Dato' Syed Omar (1997-2001),Matrikulasi Kolej MARA Kulim(2002-2003),UKM (2003-2006) dan Institut Perguruan Darulaman (2007)

Pengorbanan kalian amatlah bererti buatku dan tidak terbalas kerana kalianlah yang memanusiakan diriku ini.

SELAMAT HARI GURU!

Guru oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Faisal Tehrani dalam blognya(lihat di sini) menulis "Seorang ibu yang luar biasa adalah seorang ibu yang melawan. Ibu itu melawan ketidakadilan, melawan arus menentang masyarakat, melawan kejahatan, melawan penganiayaan, melawan penindasan, melawan dengan nilai keibuan dan juga sepenuh kudratnya"


Sempenan hari ibu ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibuku Fatimah bt Ismail.Segala pengorbananmu tak dapat dibalas dengan apa-apa sekalipun di dunia ini.Sebagai ibu tunggal, ibu banyak melawan demi kelangsungan hidupnya dan juga anak-anaknya yang yatim dalam usia terlalu awal.Aku menjadi yatim ketika usiaku 7 tahun ketika itu adikku pula baru berusia 5 tahun.Segala tanggungjawab membesarkan kami digalas ibu seorang.Ketika itu ibu melawan keperitan hidup untuk membesarkan kami.Ibu melakukan pelbagai kerja untuk menambahkan pendapatan.Ibu juga melawan arus menentang masyarakat sekeliling yang memandang serong terhadapnya sebagai ibu tunggal dan kepada kami yang dibesarkan tanpa seorang ayah.Ibu jua melawan saudara mara ayah yang berebut untuk mengambil hak jagaan kami.Ibu menentang habis-habisan untuk megekalkan kami bersama-samanya.Terima kasih ibu.Ibu juga melawan segala kejahatan terhadap kami adik beradik.Pernah sekali ibu mengejar denagn parang sekumpulan samseng yang cuba mencederakan kami.Ketika itu ibu tak hiraukan langsung keselamatan dirinya yang penting pada ketika itu keselatam kami anak-anaknya.Ibu juga melawan penindasan terhadap kami anak-anak yatim.Ibu melawan untuk kami mendapatkan hak kami sebagai anak yatim terhadap harta peninggalan ayah yang ketika itu menjadi rebutan saudara-saudara lain di sebelah ayah.Alhamdulillah,sehingga hari ini harta yang ibu perjuangkan itu membantu kami dalam kelangsungan hidup ini.Ibu juga sanggup berkorban segala-galanya untuk aku dan adik agar kami mendapat pelajaran agama dan duniawi yang cukup agar kami dapat meneruskan hidup di dunia yang penuh mencabar ini.Ketika aku di U ibu sentiasa memastikan pelajaran aku tidak terganggu dan berjalan dengan lancar.

Ibu,engkaulah ratu hatiku.Engkaulah pelawan sejati.Engkau seorang yang luar biasa melawan segala onak dan duri,melawan segala penentangan,melawan segala kesempitan hidup.Ibu,kasihmu membawa ke syurga.InsyaAllah...