Petang tadi ketika berjalan-jalan ambil angin di luar aku ternampak sekumpulan monyet bermain-main di bawah pokok ketapang.Aku berhenti seketika melihat monyet-monyet itu. Takut jugak nanti tiba-tiba pula ada monyet yang terkam aku.Dalam keadaan aku berjalan perlahan-lahan sambil mata aku melihat sekumpulan monyet itu aku ternampak ada dua ekor monyet yang sedang bergaduh untuk mendapatkan sebiji pisang.Monyet yang tengah pegang pisang itu bulunya cerah sedikit.Warna bulunya keperang perangan(selepas ini aku akan panggil monyet ini Monyet Cerah) manakala monyet yang satu lagi bulunya hitam pekat(aku panggil Monyet Gelap).
Monyet Cerah tengah pegang pisang manakala Monyet Gelap kelihatan hendak merampas pisang itu dari Monyet Cerah.Manakala monyet-monyet lain yang bermain di bawah pokok ketapang itu ada yang sedang melihat pergaduhan itu dan ada jugak yang tak hirau dengan pergaduhan itu.Monyet-monyet yang mengikuti pergaduhan itu kulihat membentuk dua kumpulan.Satu kumpulan berkumpul di belakang Monyet Cerah.Kukira monyet-monyet ini penyokong Monyet Cerah manakala sekumpulan lagi berkumpul di belakang Monyet Gelap.Mungkin kumpulan ini penyokong Monyet Gelap.Ketika Monyet Cerah memegang pisang emas itu kumpulan monyet di belakangnya bersorak-sorak kuat membingitkan telinga.Tiba-tiba ketika monyet-monyet lain bersorak ada dua ekor monyet dari kumpulan Monyet Cerah menerpa Monyet Cerah sehingga pisang yang berada di tangannya terjatuh.Dengan pantasnya Monyet Gelap yang pada ketika itu hanya menunggu masa saja terus menerkam pisang yang terjatuh dari tangan Monyet Cerah itu.Kumpulan monyet yang berada di belakang Monyet Gelap pun bersorak-sorak girang sambil terkinja-kinja melompat girang.Dua ekor monyet yang merempuh Monyet Cerah itu pula memaling tadah memasuki kumpulan Monyet elap pula.Kumpulan monyet cerah melalak melolong tanda marah kepada dua ekor monyet itu kerana berpaling tadah dan pada Monyet Gelap kerana merampas pisang itu tanpa kerelaan Monyet Cerah.Suasana di bawah pokok ketapang riuh rendah!monyet-monyet lain yang pada mulanya tidak hiraukan pergaduhan itu turut bersorak-sorak.Ada yang menyokong Monyet Cerah ada juga yang menyokong Monyet Gelap.
Monyet Cerah tidak puas hati.Dia terlompat-lompat,terkinja-kinja mengelilingi Monyet Gelap menandakan dia tidak puas hati dan ingin merampas kembali pisang itu.Monyet Gelap memeluk dengan erat pisang itu.Manakala kumpulan monyet-monyet lain terlompat-lompat dan bercakaran sesama sendiri.Monyet Gelap pada ketika itu memuka mulutnya luas-luas menunjukkan taringnya tanda kemenangan.Seolah-olah dia telah berkuasa sepenuhnya dengan mendapatkan pisang itu.Monyet Cerah pula tidak putus asa,dia mengelilingi Monyet Gelap menunggu pisang itu terlepas dari tangan Monyet Gelap.
Aku terus menonton...seolah-olah sedang menonton babak drama di televisyen.
Monyet Cerah dengan tegas ingin mengambil semula haknya.Dia berteriak dengan kuat sambil terlompat-lompat ingin mengambil semula haknya.Monyet Gelap pada ketika itu terlalu gembira meraikan kemenangannya itu sehingga terlupa tentang pisang yang ada pada tangannya.Genggamannya pada pisang itu semakin lama semakin longgar.Monyet Cerah yang hanya menuggu masa saja terus meenggut pisang yang berada tangan Monyet Gelap."oak! oak! oak!" teriak Monyet Cerah kegembiraan sambil berlari-lari,telopat-lompat mengelilingai pokok ketapang itu.Sambil melompat-lompat kegirangan Monyet Cerah sempat lagi menendang dua ekor monyet yang menyokong Monyet Gelap.Dua ekor monyet itu terkal-kial kesakitan akibat ditendang Monyet Cerah.Penyokong-penyokong Monyet Cerah terlompat-lompat sambil berteriak kegirangan.Kemenagan di pihak mereka!Terbukti pisang itu adalah hak Monyet Cerah.
Tak sampai 14 minit pisang itu ditangan Monyet Cerah tiba-tiba pisang itu terjatuh ketika Monyet Cerah terlompat keseronokan.Monyet Gelap pula terus merampas kembali.Monyet Cerah duduk terdiam.Kecewa kerana haknya diambil kembali Monyet Gelap.Monyet Cerah kelihatan tidak puas hati.Dia ingin merampas kembali pisang itu.
Cerita ini setakat ini saja.Aku bosan menonton.Aku dh jadi pening dengan pergaduhan ini.Lalu aku beredar.Aku tak pasti bagaimana pengakhirannya.Mungkin pisang itu milik Monyet Gelap selamanya atau mungkin Monyet Cerah terus berebut dengan Monyet Gelap.Aku tak pasti.Aku dah bosan dengan sandiwara rampas-merampas ini.Aku berlalu sambil menggaru kepala.Dalam hati aku berkata "lantak kau lah monyet..."
No comments:
Post a Comment