Mar 21, 2009


Seperti biasa sehari sebelum aku kembali bertugas di negeri orang, ibu akan memasak makanan kegemaranku.Seolah-olah makanan itu akan memujuk hatiku yang gundah setiap kali memikirkan negeri orang yang aku tak berapa suka itu.Biasala, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.Negeri sendiri lebih baik.Kebetulan sekarang musimnya,ibu membuat gulai buah munggai dengan ikan puyu.Ermmm...memang sedap hingga menjilat jari.


Buah munggai ini ciri-ciri fizikalnya nampak seperti kacang bendi cuma bezanya buah ini tak boleh dimakan sekali dengan kulitnya seperti bendi.Cara memakannya adalah dengan melurut sepanjang buah itu untuk mengeluarkan isinya yang rasanya seperti kekacang.Kalau di utara, orang panggil buah munggai tapi kalau di negeri lain aku tak pasti.Buah ini berbuah mengikut musim.Kata ibu, buah ini sedap dibuat gulai dengan ikan darat seperti ikan semilang atau puyu.Sepinggan penuh aku meratah.Padahnya, sepetang aku "mencangkung" dalam tandas!hahaha....

Ku mau cari pacar lagi!



Cintaku, cintaku padamu
Tak besar seperti dulu
Kamu kok begitu menilai cintaku
Begitu rendah di matamu

Sayangku, sayangku padamu
Tak indah seperti dulu
Maumu begini, maumu begitu
Tak pernah engkau hargai aku


Oo ooh I am sorry
Ku tak kan love you lagi

Ku peluk, memeluk dirimu
Tak hangat seperti dulu
Ku jadi selingkuh, karna kau selingkuh
Biar sama-sama kita selingkuh

Oo ooh I am sorry
Ku tak kan love you lagi

Biar kuputuskan saja
Ku tak mau hatiku terluka
Lebih baik kucukupkan saja
Ku tak mau batinku tersiksa

Jangan kau s’lalu merasa
Wanita bukan dirimu saja
Lebih baik kuputuskan saja
Cari pacar lagi

Cari pacar lagi
Cari pacar lagi

Mar 18, 2009

Jeritan Duka dari Gaza



Poster ini diambil dari blog yang wajib aku singgah stiap kali aku online.(klik di sini).Seperti tang dikatakan oleh penulis dalam blog tersebut, marilah sama-sama kita berusaha(tak kira sama ada kecil atau besar usaha itu)dalam memberi kesedaran kepada masyarakat umum akan keganasan Zionis di Gaza.

Mar 17, 2009

Baca buku : Tuhan Manusia oleh Faisal Tehrani



Aku bukanlah pengkritik sastera, aku juga bukan penulis sastera dan juga bukan pakar dalam bidang penulisan mahupun sastera.Aku nak tulis entry tentang buku ni pun aku pikir berkali-kali.Aku sudah baca buku ni pun sudah hampir 4 bulan yang lepas. Baru hari ini aku dapat kekuatan/keberanian untuk menceritakan tentang buku ni.

Buku ini ditulis oleh Faisal Tehrani salah seorang penulis prolifik yang hebat di negara kita ini yang lantang bersuara dan menegakkan agama islam dan perpaduan ummah.(Bagi yang ingin membaca tulisan-tulisannya sila baca di sini).Antara karya beliau adalah 1511Kombat,1515,Karbala(drama),Kekasih Sam Po Bo(kumpulan cerpen),Tunggu Teduh Dulu, Manikam Kalbu,Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad.

Buku Tuhan Manusia ini menceritakan tentang Ali Taqi seorang remaja yang abngnya telah murtad iaitu keluar dari agama islam dan bertungkus lumus mencari ilmu islam untuk berjuang menentang gerakan pluralism. Seperti kata penulisnya sendiri,novel ini adalah dari genre khutbah. Membaca novel ini seolah-olah kita membaca khutbah panjang tentang ajaran-ajaran islam dan juga hujah-hujah menentang aliran sesat pluralism yang semakin menular sekarang.Namun apa yang membezakannya dengan khutbah biasa yang sering kita dengar di mimbar jumaat ialah novel ini menggabungkan nilai estetika, etika dan entelek yang membuatkan kita berdebar-debar dan mencabar minda sepanjang membaca novel ini.

Andai kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya dan menurut ibu tiang serinya adalah agama.Kata-kata ini ditulis di setiap permulaan bab yang membuatkan pembaca berkobar-kobar meneruskan pembacaan untuk mengetahui misteri di sebalik kata-kata itu.Kata-kata inilah bagiku yang membuatkan novel ini segar dan lain dari yang lain.

Bagiku, novel ini adalah novel agung yang memartabatkan islam dan juga mematahkan hujah-hujah 'islam moden' tak kiralah samada dari gerakan liberal ataupun pluralisme.Bagi muslim yang kurang pengetahuannya tentang islam yang dianuti mereka bacalah novel ini. semoga kita semua mendapat syafaat dan hidayah setelah membacanya. Novel ini juga telah 'membuka' mata aku tetang gerakan-gerakan yang ingin meruntuhkn umat-umat islam di negara kita khususnya.

Aku sarankan umat-umat islam di negara kita patut jadikan buku ini sebagai teks wajib dibaca untuk seisi keluarga kerana di dalmnya terdapat fakta-fakta tentang islam yang boleh kita jadikan ikutan dan juga hujah-hujah yang boleh mematahkan gerakan-gerakan pluralism yang ingin menjatuhkan islam.

wallahua'lam....

Zack and Miri Make a Porno



Kebetulan entry aku yang sebelum ini tentang porno dan aku baru baru saja menonton filem ini, tergerak aku untuk menceritakan serba sedikit tentang filem ini. Sebenarnya filem ni dh lama terbit tapi baru sekarang aku berpeluang menonton filem ini.Menonton filem ini dari awal sehingga akhir, aku dapat simpulkan filem ini komedi romantik dengan sedikit adunan lucah(takkan nama hollywood kalau filem-filemnya tak ada adegan lucah kan).Bak kata seorang blogger yang begitu meminati filem-filem terbitan Kevin Smith ini, filem ini merupakan filem smart comedy bukan comedy slapstic(yang selalunya terdapat dalam filem-filem komedi tempatan) yang membuatkan penonton perlu mendengar dialog betul-betul untuk menikmati lelucon yang ingin disampaikan dalam filem ini.



Filem ini menceritakan tentang Zack dan Miri rakan karib yang tinggal serumah yang kehidupan mereka sangat daif sehingga bil air dan elektrik pun tak mampu bayar sehingga terpaksa dipotong.Disebabkan desakan hidup mereka itu, akhirnya zack terilham satu idea untuk menghasilkan porno!Pada permulaan cerita,anda akan melihat Zack dan Miri rakan karib yang kenal sejak di bangku sekolah lagi dan tinggal serumah tanpa ada sebarang pehubungan sex tentu anda dapat mengagak pengakhirannya(ya, typical hollywoo movie). Bukan endingnya yang ku nak ceritakan di sini tapi jalan ceritanya yang menarik yang akan membuatkan penonton tak kering gusi sepanjang menonton cerita ini.

Menariknya cerita in, walaupun dasarnya mengenai "make a porno" namun di sebaliknya terselit jugak moralnya.Ada satu dialog yang diucapkan oleh salah satu watak sampingan yang menarik minat aku:
"A world of possibilities where plain old people just like us could do something special even if it's somthing as simple as filming people f***king"
"Sometimes we just need someone to show us something we can't see for ourselves and then we're change forever"


Filem ini telah menyedarkan kita bahawa dunia ini terdapat sebarang kemungkinan di mana orang biasa sekalipun dapat melakukan yang terhebat jika berusaha dengan bersungguh-sungguh.Zack dan Miri yang menghadapi kedaifan hidup di mana tanpa bekalan air dan elektrik pun dapat teruskan hidup tanpa jemu berusaha. Dalam filem ini juga kita sedar bahawa kita memerlukan satu sama lain kerana kadang-kadang kita memerlukan orang laian untuk membantu kita "melihat" dunia yang kita tak mampu untuk "melihatnya" dengan sendiri.

Apa yang menariknya tentang filem ini adalah tentang Zack dan Miri. Bagiku, walaupun usaha mereka (menhasilkan porno) ini tidak bermoral tapi sekurang-kurangnya mereka lebih bermoral daripada sesetengah dari orang kita yang "menghasilkan" rakaman aksi mereka sendiri di atas ranjang.Ada satu adegan di mana Zack dan Miri perlu melakukan adegan ranjang, Zack tidak membenarkan miri melucutkan sepenuhnua pakaiannya agar buah dadanya tidak dilihat oleh jurugambar dan rakannya yang lain.

Bagaimanapun anda tontonlah sendiri cerita ini.Ingat, cerita ini adalah untuk orang dewasa sahaja.hehehehe...

Mar 10, 2009

Gambar/Video Lucah

Rakan A pernah menyatakan (denagan nada berseloroh) "aku lebih suka tgk porno orang putih (orang barat) sebab mereka buat porno tu untuk cari makan dan kita tau dah depa tu kafir takdak agama takdak budaya,daripada aku tengok porno anak bangsa kita yang rakam sendiri aksi mereka di ranjang yang tak sengaja tersebar ke tangan orang lain sebab aku tau anak bangsa kita ni ada agama, ada budaya timur, budaya orang melayu.Ada setengah tu pakai tudung lagi.Eee... menyampah aku tengok"

Terdetik dalam hati aku, yang tengok tu tak berdosa ka?

Rakan B pula menyatakan pendapatnya (juga dengan nada berseloroh) "sekarang ni orang dah tak suka tonton porno, mereka suka wat porno.mereka lebih suka rakam aksi mereka sendi kemudian tonton balik aksi-aksi itu.Baru ada kepuasan"

Hahaha...aku ketawa terbahak bahak tapi jauh di sudut hati aku, aku beristighfar panjang memikirkan situasi-situasi yang dibincangkan dua orang rakan aku itu. Ada benarnya apa yang dikatakan rakan-rakan aku itu.

Aku pelik dan pelik sangat dengan anak-anak bangsa kita terutamanya yang beragama islam. Malah ada yang bertudung tapi sanggup mencemar tudung yang dipakai itu kerana terlalu mengikutkan kemahuan nafsu syahwat.Lebih menjijikkan lagi apabila "aksi-aksi" lucah itu dirakamkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di dalam pejabat dan dalam kereta.Bukankah hubungan itu satu yang suci yang perlu dilakukan di tempat-tempat yang selesa dan yang indah? Bukankah perhubungan badan itu satu hubungan yang isimewa dan sangat-sangat privasi sehingga tak perlu kita merakamkan "aksi-aksi" itu sehingga tersebar ke seluruh pelosok negara untuk tontonan umum? Tiada akalkah kalian yamg melakukan semua ini?

Ada yang menyatakan yang betul-betul bersalah dalam stuasi ini adalah orang yang mencuri rakaman itu dan mengedarkannya. Tapi bagi aku, yang betul betul bersalah dalam situasi ini adalah yang melakukan itu. Tak kiralah sama ada pasangan itu dah berkahwin ataupun belum hanya sekadar kekasih. Di sini aku takmau sentuh soal zina. Orang islam sedia maklum yang zina itu satu dosa besar.Dahla melakukan dosa zina itu kemudian merakamkannya pulak.Terkutuklah kalian!! Sekali melakukannya seumur hidup akan menghantui kita walaupun kita bertaubat sekalipun.Bagi pasangan yang merakamkan "aksi-aksi" mereka ini, mengapa perlu dirakamkan?perlukah dirakam untuk tontonan semua?bukankah hubungan itu satu yang istimewa,suci dan indah? Dah takda akalkah kalian sehingga tidak dapatmemikirkan perkara rasional lg? Sehingga sanggup melakukan perkara itu di tempat2 kerja dan di dalam kereta? Di dunia ini dah tak bilik, katil yang memberikan keselesaankah?

Wahai pasangan-pasangan kekasih atau suami istri yang sekarang ini tengah bahagia dibuai indah dengan perhubungan kalian, fikir-fikirkanlah, perlukah aksi-aksi anda dirakamkan?walaupun untuk peribadi adakah ia berbaloi?teknologi itu dicipta untuk memudahkan kita dalam melakukan aktiviti-aktiviti lain bukan untuk merakam/menayang aks-aksi lucah kita.

Di sini aku bukan nak salahkan 100% terhadap pasangan yang melakukan perkara ini (walaupun pada dasarnya memng salah pun), orang yang mencuri dan mengedarkan "aksi-aksi" panas ini pun patut dipersalahkan.Perbuatan ini memang tak bermoral. Dah kau curi dan tonton 'aksi-aksi' itu kenapa pulak ko nak edarkan video/gambar itu kepada orang lain?

Satu lagi, media jugak sedikit sebanyak bersalah jugak dalam situasi ini. Disebabkan hendak melariskan bahan-bahan media mereka, mereka mendedahkan cerita-cerita ini. Tahukah kalian pendededahan ini akan membawa padah kepada masyarakat? Asalnya masyarakat tidak tahu menahu pun pasal video/gambar itu. Apabila tersiar saja maka hampir semua oarang sudah tahu tentang video/gambar lucah itu.Dengan zaman teknologi dan internet ini sangat mudah untuk masyarakat mencari apa yang diperkatakan media itu. Dengan hanya menaip "keyword" yang berkaitan bahan itu sahaja maka terpapaslah apa yang diperkatakan itu. Dan tidak sedarkah kalian bahawa yang membaca bahan-bahan media kalian bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak di bawah umur dan masih mentah lagi lagi dalam membuat pertimbangan pun juga membaca juga.Bayangkan jika kanak-kanak ini juga mempunyai kemudahan internet dan seterusnya mencari bahan yang diperkatakan media itu.Bayangkan juga, kalau kanak-kanak itu adalah anak kepada pasangan yang merakamkan aksi ranjang mereka. Apa akan terjadi?

fikir-fikirkanlah...

Mar 8, 2009

'Tak Lalu'

Baru-baru ini, salah seorang anak didik saya menyampaikan satu 'amanat' dari penjaganya kepadaku yang membuatkan aku terasa 'berbulu' mendengarnya. Ianya bermula apabila saya bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak ingin menghadiri tuisyen bantuan kerajaan yang diberikan kepadanya.

Di sini inginku terangkan tuisyen bantuan ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk memberikan bantuan tuisyen kepada pelajar-pelajar yang ibu-bapanya tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke tempat tuisyen swasta. Malah, kerajaan juga memperuntukkan makanan percuma kepada pelajar-pelajar yang layak menerima tuisyen bantuan ini.Cuba fikir-fikirkan kalau anda menghantar anak anda ke tuisyen swasta, berapa RM yang anda perlu laburkan untuk empat subjek utama iaitu sains,matematik,baha inggeris dan bahasa melayu untuk anak anda?sekurang-kurangnya mesti mencecah RM100 sebulan.Itu tak termasuk makan!Nah, sekarang kerajaan telah menyediakan tuisyen percuma untuk keluarga-keluarga yang kurang mampu malah memberi makan percuma lagi.Kelas tambahan ini dijalankan di luar waktu sekolah.Selalunya sekolah akan menjalankan kelas tambahan ini selepas waktu sekolah.Jadi,pelajar-pelajar yang dapat tuisyen percuma ini kenalah pulang ke rumah lewat 1 atau dua jam.Pelajar-pelajar yang dapat tuisyen ini pula, adalah di kalangan keluarga yang kurang mampu yang berpendapatan kurang dari RM400.

Berbalik kepada anak didik aku itu,satu hari dia datang kepadaku dan memaklumkan kepadaku bahawa dia tidah dapat mengadiri tuisyen bantuan itu.Aku sebagai pendidiknya ingin juga tahu sebabnya,yala kan dahla diberi percuma diberi makan lagi. ibu bapa mana yang nak menolak tawaran itu. Dah la bukan senang nak dapat tuisyen itu.Dengan selambanya dia menjawab :

"mak saya cakap, dia tak lalu nak datang amik saya selepas tuisyen sebab lewat sangat"

Menarik nafas panjang aku ketika itu.Bagaikan direntap kuat jantung aku ketika itu. Masakan tidak, anak bangsaku sendiri yang diberi tuisyen percuma malah diberi makan percuma sekali terpaksa menolak tawaran itu disebabkan maknya 'tak lalu' untuk datang mengambilnya ke sekolah.Artaghfirullah... 'berbulu' aku mendengar kata-kata ibunya yang disampaikan oleh anak didik aku itu.

Aku terfikir kalaula ada ramai lagi ibu bapa yang sama seperti ibu kepada anak didik aku itu, rosaklah anak bangsa kita. Diberi percuma lagi tapi tak mahu. cuba yang diberi itu adalah berbentuk wang, hah, mesti sanggup datang mengambil duit itu tak kira masa.

Inilah mentaliti Melayu yang perlu dikikis.bagaimana susah atau payah sekalipun, pentingkan pelajaran anak-anak.Dengan ilmulah kita dapat mengubah nasib kita.Hati kecilku terfikir, patutla yang miskin lagi susah dan melarat sebab tak pentingkan pelajaran anak-anak.Wallahua'lam...