Mar 17, 2009

Baca buku : Tuhan Manusia oleh Faisal Tehrani



Aku bukanlah pengkritik sastera, aku juga bukan penulis sastera dan juga bukan pakar dalam bidang penulisan mahupun sastera.Aku nak tulis entry tentang buku ni pun aku pikir berkali-kali.Aku sudah baca buku ni pun sudah hampir 4 bulan yang lepas. Baru hari ini aku dapat kekuatan/keberanian untuk menceritakan tentang buku ni.

Buku ini ditulis oleh Faisal Tehrani salah seorang penulis prolifik yang hebat di negara kita ini yang lantang bersuara dan menegakkan agama islam dan perpaduan ummah.(Bagi yang ingin membaca tulisan-tulisannya sila baca di sini).Antara karya beliau adalah 1511Kombat,1515,Karbala(drama),Kekasih Sam Po Bo(kumpulan cerpen),Tunggu Teduh Dulu, Manikam Kalbu,Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad.

Buku Tuhan Manusia ini menceritakan tentang Ali Taqi seorang remaja yang abngnya telah murtad iaitu keluar dari agama islam dan bertungkus lumus mencari ilmu islam untuk berjuang menentang gerakan pluralism. Seperti kata penulisnya sendiri,novel ini adalah dari genre khutbah. Membaca novel ini seolah-olah kita membaca khutbah panjang tentang ajaran-ajaran islam dan juga hujah-hujah menentang aliran sesat pluralism yang semakin menular sekarang.Namun apa yang membezakannya dengan khutbah biasa yang sering kita dengar di mimbar jumaat ialah novel ini menggabungkan nilai estetika, etika dan entelek yang membuatkan kita berdebar-debar dan mencabar minda sepanjang membaca novel ini.

Andai kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya dan menurut ibu tiang serinya adalah agama.Kata-kata ini ditulis di setiap permulaan bab yang membuatkan pembaca berkobar-kobar meneruskan pembacaan untuk mengetahui misteri di sebalik kata-kata itu.Kata-kata inilah bagiku yang membuatkan novel ini segar dan lain dari yang lain.

Bagiku, novel ini adalah novel agung yang memartabatkan islam dan juga mematahkan hujah-hujah 'islam moden' tak kiralah samada dari gerakan liberal ataupun pluralisme.Bagi muslim yang kurang pengetahuannya tentang islam yang dianuti mereka bacalah novel ini. semoga kita semua mendapat syafaat dan hidayah setelah membacanya. Novel ini juga telah 'membuka' mata aku tetang gerakan-gerakan yang ingin meruntuhkn umat-umat islam di negara kita khususnya.

Aku sarankan umat-umat islam di negara kita patut jadikan buku ini sebagai teks wajib dibaca untuk seisi keluarga kerana di dalmnya terdapat fakta-fakta tentang islam yang boleh kita jadikan ikutan dan juga hujah-hujah yang boleh mematahkan gerakan-gerakan pluralism yang ingin menjatuhkan islam.

wallahua'lam....

No comments: