Baru-baru ini, salah seorang anak didik saya menyampaikan satu 'amanat' dari penjaganya kepadaku yang membuatkan aku terasa 'berbulu' mendengarnya. Ianya bermula apabila saya bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak ingin menghadiri tuisyen bantuan kerajaan yang diberikan kepadanya.
Di sini inginku terangkan tuisyen bantuan ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk memberikan bantuan tuisyen kepada pelajar-pelajar yang ibu-bapanya tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke tempat tuisyen swasta. Malah, kerajaan juga memperuntukkan makanan percuma kepada pelajar-pelajar yang layak menerima tuisyen bantuan ini.Cuba fikir-fikirkan kalau anda menghantar anak anda ke tuisyen swasta, berapa RM yang anda perlu laburkan untuk empat subjek utama iaitu sains,matematik,baha inggeris dan bahasa melayu untuk anak anda?sekurang-kurangnya mesti mencecah RM100 sebulan.Itu tak termasuk makan!Nah, sekarang kerajaan telah menyediakan tuisyen percuma untuk keluarga-keluarga yang kurang mampu malah memberi makan percuma lagi.Kelas tambahan ini dijalankan di luar waktu sekolah.Selalunya sekolah akan menjalankan kelas tambahan ini selepas waktu sekolah.Jadi,pelajar-pelajar yang dapat tuisyen percuma ini kenalah pulang ke rumah lewat 1 atau dua jam.Pelajar-pelajar yang dapat tuisyen ini pula, adalah di kalangan keluarga yang kurang mampu yang berpendapatan kurang dari RM400.
Berbalik kepada anak didik aku itu,satu hari dia datang kepadaku dan memaklumkan kepadaku bahawa dia tidah dapat mengadiri tuisyen bantuan itu.Aku sebagai pendidiknya ingin juga tahu sebabnya,yala kan dahla diberi percuma diberi makan lagi. ibu bapa mana yang nak menolak tawaran itu. Dah la bukan senang nak dapat tuisyen itu.Dengan selambanya dia menjawab :
"mak saya cakap, dia tak lalu nak datang amik saya selepas tuisyen sebab lewat sangat"
Menarik nafas panjang aku ketika itu.Bagaikan direntap kuat jantung aku ketika itu. Masakan tidak, anak bangsaku sendiri yang diberi tuisyen percuma malah diberi makan percuma sekali terpaksa menolak tawaran itu disebabkan maknya 'tak lalu' untuk datang mengambilnya ke sekolah.Artaghfirullah... 'berbulu' aku mendengar kata-kata ibunya yang disampaikan oleh anak didik aku itu.
Aku terfikir kalaula ada ramai lagi ibu bapa yang sama seperti ibu kepada anak didik aku itu, rosaklah anak bangsa kita. Diberi percuma lagi tapi tak mahu. cuba yang diberi itu adalah berbentuk wang, hah, mesti sanggup datang mengambil duit itu tak kira masa.
Inilah mentaliti Melayu yang perlu dikikis.bagaimana susah atau payah sekalipun, pentingkan pelajaran anak-anak.Dengan ilmulah kita dapat mengubah nasib kita.Hati kecilku terfikir, patutla yang miskin lagi susah dan melarat sebab tak pentingkan pelajaran anak-anak.Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment