Aug 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52


Saya ingin ucapkan selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke-52 kepada semua rakyat Malaysia.Semoga kita semua merdeka dari sebarang bentuk penjajahan.

Aug 29, 2009

Janji yang tak tertunai

Hari ini sudah hari ke-8 umat islam berpuasa dan 8 hari jugak aku bercuti.Sebelum bercuti aku pernah berjanji pada diri bahawa aku akan menulis sesuatu di blog ini.Rupanya janji tinggal janji.Aku pun tak pasti apa yang menghalang diriku untuk menulis.Adakah disebabkan kekangan masa?Atau adakah disebabkan hidup aku semenjak dua menjak ini terlalu mendatar atau terlalu penuh dengan kasih sayang sehingga membuatkan diriku malas untuk menulis dek dibuai keseronokan hidup di dunia fana ini?Baik aku tinggalkan saja persoalan ini tanpa terjawab kerana aku pun tidak pasti yang mana satu jawapan yang sebenarnya bagi persoalan-persoalan berikut.
Sebenarnya sepanjang aku bercuti ini otakku tak pernah berhenti berlegar-legar mencari topik yang sesuai untuk aku menulis untuk diketengahkan ke dalam blog ini malah sudah bermacam-macam idea hinggap di ruang mindaku.Kadang-kadang kubiarkan saja terperam berhari-hari dan kadang-kadang kulepaskan saja.Mungkin tak sesuai untuk aku nyatakan di sini.Mungkin sekarang aku cuba mngambil pendekatan bertakafur untuk mencari idea atau lebih tepat sekali mencari identiti diri dalam penulisan blog ini.Aku tak suka menulis pcisan,aku juga tak suka menulis kisah hidupku yang mendtar ini dan aku juga tak mampu untuk menulis secra serius.aku tak pasti apa yang patut aku lakukan sekarang.Mungkin satu haru aku berjaya mengekspresasikan idea-idea(atau lebih tepat angan-angan) yang sering berlegar-legar di mindaku ini.Ya,mungkin suatu hari nanti.InsyaAllah...

Aug 22, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua umat islam di bumi ini. Kepada sahabat dan keluarga saya ingin memohon maaf atas segala kekhilafan diri.Semoga kalian berjaya mengharungi bulan ini dengan penuh keberkatan.

Aug 9, 2009

Sahabat

Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah...

lagu ini aku tujukan kepada sehabat-sahabat sejati yg ada di dunia ini.Sayangilah sahabat kamu seperti kamu menyayangi dirimu sendiri.Ya Allah semoga diriku juga seperti ini walaupun kadang-kadang aku rasa tak mampu untuk menyayangi sahabaku-sahabatku seperti ini.Ya Allah kuatkan semangatku dan semailah benih-benih cinta untuk aku dapat menyayangi sahabat-sahabatku dan juga keluargaku dan akan lebih cnta kepadaMU.Ya Allah engkau semaikanlah juga benih-benih cinta kepada mereka yang berhasad dengki dan 'plastik'.Agar mereka lebih mencintai sahabat-sahabat mereka dan lebih dekat lagi denganMU.

Sahabat Sejati dan Sahabat "Plastik"

Alhamdulillah Allah telah membuka mataku dalam menilai persahabatan sama ada ia sejati atau "plastik".Baru-baru ini secara terang-terang salah seorang sahabatku telah menunjukkan perangai 'plastik'nya kepadaku.Aku bersyukur kerana segala hasad dengkinya telah terpampang lebih awal sebelum perkara yang lebih teruk berlaku.Sekarang hidupku lebih bahagia tanpa perasaan tertekan dengan hasad dengkinya itu.Syukur Alhamdulillah...

Kemudian pada hari berikutnya seorang sahabat telah menunjukan 'kesejatian'nya dalam persahabatannya denganku.Aku dengan dia hampir 3 tahun berkawan dan sepanjang aku berkawan dengannya tidak pernah dia menyakiti hatiku malah dia sentiasa menyejukkan hatiku ketika aku dalam keadaan marah.Hari itu dia telah menguatkan lagi nilai persabatan kami.Semoga Allah memeliharan persahabatan aku dengan A dan memelihara perbuatanku yang dapat menyinggung perasaanya.

Bagi yang "plastik"semoga engkau 'bahagia' dengan kehidupan "plastik" yang engkau pilih.Bagi yang 'sejati' saya doakan semoga kalian sentiasa dicucuri rahmat dari Allah.Jangan risau,mungkin yang sejati akan menerima banyak musibah di muka bumi ini berbanding yang 'plastik'.Tapi percayalah Allah maha mengetahui.selagi anda mengekalkan nilai2 suci dalam diri anda itu mesti akan ada hikmahnya di akhirat kelak.Kita lihatlah sejarah,yang membawa kebenaran dan mengekalkan nilai-nilai suci sentiasa dihina di muka bumi ini contohnya rasul kita sendiri dan sahabat-sahabatnya dan yang menindas dan yang berhasad dengki sentiasa disanjung di muka bumi ini.Saya percaya,musibah yang Allah turunkan untuk mereka yang berhati mulia ini adalah untuk mereka lebih mengingati-Nya dan kesenangan dan kegembiraan untuk mereka yang jahat dan berhasad dengki ini adalah supaya mereka lebih leka dengan keseronokan mereka dan lebih jauh denganNya.Nauzubillah...

Ya Allah engkau kuatkanlah imanku dan engkau tabahkanlah diriku dalam menghadapi segala musibah di dunia ini.amin...

Aug 5, 2009

kembali pulang




bintang terlihat terang

saat dirimu datang

cinta yang dulu hilang

kini kembali pulang


lihatlah dia mulai bernyanyi

coba merangkai mimpi

cinta yang dulu pergi

kini datang kembali


wajahmu mengingatku

dengan kekasihku dulu

wajahmu mengingatkan

dengan masa laluku


reff:

kekasih yang dulu hilang

kini dia tlah kembali pulang

akan ku bawa dia terbang

damai bersama bintang


kekasih yang dulu hilang

kini dia tlah kembali pulang

betapa senang ku dendangkan

dan takkan ku lepaskan


wajahmu mengingatkanku

dengan kekasihku dulu

wajahmu mengingatkanku

dengan masa laluku