Aug 9, 2009

Sahabat Sejati dan Sahabat "Plastik"

Alhamdulillah Allah telah membuka mataku dalam menilai persahabatan sama ada ia sejati atau "plastik".Baru-baru ini secara terang-terang salah seorang sahabatku telah menunjukkan perangai 'plastik'nya kepadaku.Aku bersyukur kerana segala hasad dengkinya telah terpampang lebih awal sebelum perkara yang lebih teruk berlaku.Sekarang hidupku lebih bahagia tanpa perasaan tertekan dengan hasad dengkinya itu.Syukur Alhamdulillah...

Kemudian pada hari berikutnya seorang sahabat telah menunjukan 'kesejatian'nya dalam persahabatannya denganku.Aku dengan dia hampir 3 tahun berkawan dan sepanjang aku berkawan dengannya tidak pernah dia menyakiti hatiku malah dia sentiasa menyejukkan hatiku ketika aku dalam keadaan marah.Hari itu dia telah menguatkan lagi nilai persabatan kami.Semoga Allah memeliharan persahabatan aku dengan A dan memelihara perbuatanku yang dapat menyinggung perasaanya.

Bagi yang "plastik"semoga engkau 'bahagia' dengan kehidupan "plastik" yang engkau pilih.Bagi yang 'sejati' saya doakan semoga kalian sentiasa dicucuri rahmat dari Allah.Jangan risau,mungkin yang sejati akan menerima banyak musibah di muka bumi ini berbanding yang 'plastik'.Tapi percayalah Allah maha mengetahui.selagi anda mengekalkan nilai2 suci dalam diri anda itu mesti akan ada hikmahnya di akhirat kelak.Kita lihatlah sejarah,yang membawa kebenaran dan mengekalkan nilai-nilai suci sentiasa dihina di muka bumi ini contohnya rasul kita sendiri dan sahabat-sahabatnya dan yang menindas dan yang berhasad dengki sentiasa disanjung di muka bumi ini.Saya percaya,musibah yang Allah turunkan untuk mereka yang berhati mulia ini adalah untuk mereka lebih mengingati-Nya dan kesenangan dan kegembiraan untuk mereka yang jahat dan berhasad dengki ini adalah supaya mereka lebih leka dengan keseronokan mereka dan lebih jauh denganNya.Nauzubillah...

Ya Allah engkau kuatkanlah imanku dan engkau tabahkanlah diriku dalam menghadapi segala musibah di dunia ini.amin...

No comments: