Hari ini sudah hari ke-8 umat islam berpuasa dan 8 hari jugak aku bercuti.Sebelum bercuti aku pernah berjanji pada diri bahawa aku akan menulis sesuatu di blog ini.Rupanya janji tinggal janji.Aku pun tak pasti apa yang menghalang diriku untuk menulis.Adakah disebabkan kekangan masa?Atau adakah disebabkan hidup aku semenjak dua menjak ini terlalu mendatar atau terlalu penuh dengan kasih sayang sehingga membuatkan diriku malas untuk menulis dek dibuai keseronokan hidup di dunia fana ini?Baik aku tinggalkan saja persoalan ini tanpa terjawab kerana aku pun tidak pasti yang mana satu jawapan yang sebenarnya bagi persoalan-persoalan berikut.
Sebenarnya sepanjang aku bercuti ini otakku tak pernah berhenti berlegar-legar mencari topik yang sesuai untuk aku menulis untuk diketengahkan ke dalam blog ini malah sudah bermacam-macam idea hinggap di ruang mindaku.Kadang-kadang kubiarkan saja terperam berhari-hari dan kadang-kadang kulepaskan saja.Mungkin tak sesuai untuk aku nyatakan di sini.Mungkin sekarang aku cuba mngambil pendekatan bertakafur untuk mencari idea atau lebih tepat sekali mencari identiti diri dalam penulisan blog ini.Aku tak suka menulis pcisan,aku juga tak suka menulis kisah hidupku yang mendtar ini dan aku juga tak mampu untuk menulis secra serius.aku tak pasti apa yang patut aku lakukan sekarang.Mungkin satu haru aku berjaya mengekspresasikan idea-idea(atau lebih tepat angan-angan) yang sering berlegar-legar di mindaku ini.Ya,mungkin suatu hari nanti.InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment