Jun 11, 2009

Cuti Sekolah(5) : Bercuti di Kota Bharu,Kelantan

Wah,memang sakan cuti sekolah saya kali ini.Sudah 3 hari saya pulang dari Kelatan tapi baru hari ini saya berkesempatan menulis tentang percutian saya di sini.Cadangnya nak menulis sehari selepas pulang dri Kelantan tapi hajat tak kesampaian macam-macam aktiviti mendatang.Lepas satu,satu sampai tak terkejar saya.Cuti kali ni telah mencipta rekod peribadi baru dalam hidup saya.Pertama,bilangan kenduri kawin yang saya hadiri semakin bertambah!Kalau dulu dengar kenduri kawin dah fobia;macam-macam alasan diberi dan buat endah tak endah saja bila dengar pasal kenduri kahwin tapi sekarang disebabkan peningkatan kematangan diri nampaknya menghadiri kenduri kawin(tak kira sama ada rakan,jiran atau saudara mara) merupakan satu benda yang wajib dalam kamus hidup saya sekarang ini.


Disebabkan kenduri kahwin lah yang membawa saya jauh ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Kelantan.Sebenarnya ini secara kebetulan dan tidak terancang.Bak kata seorang rakan,sesuatu perkara yang tak terancang kalau jadi dengan baik begitu indah sekali dan selalunya itulah yang akan diingati.Kebetulan salah seorang rakan mahu pergi ke Kota Bharu untuk menghadiri kenduri kahwin rakan baik dia semasa dia bekerja di Terengganu dulu.Dan kebetulan pula dia keseorangan.Saya yang memang pernah pasang angan-angan ingin menjejak kaki ke negeri serambi mekah itu cepat-cepat saja mempelawa diri untuk menemaninya ke sana.Kejadian itu terjadi ketika kami berdua minum di warong mamak seusai menonton wayang bersama pada hari selasa.Untuk bertolak ke Kelantan pula hari Jumaat!Saya pula dalam cuti sekolah ketika ini cepat-cepat saya menawarkan diri pergi bersamanya.


Hari Jumaat bertarikh 5 Jun 2009 pada pukul 8.30 pagi dia sudah di depan rumah bersama kereta Gen-2nya.Kami bertolak ke Kelantan menaiki keretanya.Sehari sebelum itu masing-masing sudah merancang untuk sama-sama kongsi duit petrol dan penginapan.Kononnya, sebelum pergi masing-masing merancang nak jadikan pelancongan ini ala Destinasi Bajet rancangan terbitan 8TV yang dihoskan Qusyairi di mana dalam rancangan ini bajetnya adalah Rm300.Saya pn masa tu memasang angan-angan untuk meletakkan tajuk entry ini Destinasi Bajet tapi niat itu terpaksa dibatalakn kerana perbelanjaan kami telah melebihi RM300 gara-gara terlebih bershoping.haha...



Saya dan rakan.Ketika ini baru saja bertolak dari rumah saya
.Masing-masing teruja untuk sampai ke Kelantan.Sepanjang perjalanan ada saja yang kami bualkan dan ketawa.Maklumlah masing-masing kerja jauh masa cuti nila baru boleh berjumpa.Bila berjumpa macam-macam la yang nak diceritakan.lagipun nak menghilangkan mengantuk.hehe...


Dari Jitra kami bertolak ke Gurun kemudian melalui Sik kemudian ke Gerik dan seterusnya ke Jeli.Dari Jeli ke Kota Bharu.Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang perjalanan kami ke Kota Bharu,Kelantan.

Gambar ini diambil ketika kami sedang berehat di hentian titiwangsa.Tak silap saya hentian ini teerletak di atas puncak bukit Gerik dalam perjalanan ke Jeli.


Ini pula pemandangan dari atas jambatan tasik belum.Teringat masa saya di matriks dulu.Kami pernah ke tasik ini dan pernah singgah ke kampung asli yang terletak di pulau di tengah-tengah tasik ini.kenangan yang terindah ketika saya di matrikulasi dulu.



Ketika ini di Jeli dan tinggal lagi beberapa kilometer saja untuk sampai ke Kota Bharu.Masing-masing teruja.Sebenarnya ketika ini ada juga perasaan berdebar kerana kami masih belum lagi dapat tempat menginap.Sepanjang perjalanan kami ada penelefon beberapa hotel/rumah tumpangan yang terdapat di Kota Bharu tapi jawapan yang diberi menghampakan kami kerana masing-masing sudah penuh.Takut juga ketika itu kalau-kalau tiada tempat menginap.Tapi kami berfikiran positif; mesti ada juga satu bilik kosong untuk kami.



Sampai di Kota Bharu kira-kira jam lima petang.Ketika itu kami gigih mencari tempat menginap.Merata kami pergi tanya rumah tumpangan/hotel sekitar bandar Kota Bharu tapi masing-masing memberikan jawapan yang menghampakan.Saya dan rakan panik juga ketika itu.

Alhamdulillah setelah penat mencari akhirnya kami jumpa juga tempat menginap di rumah rehat Restoran Putra,Kg Banggol.Kampung itu terletak kira-kita 5KM menghala ke Pantai Cahaya Bulan dan lebih kurang 3Km ke Kota Bharu.Ketika itu jam kira-kira pukul 7.Masing-masing perut berkeroncong.Dari tengah hari tadi perut kami belum terisi.Kononnya tak mahu makan selagi tak jumpa tempat mnginap.


Alhamdulillah,dapat juga tempat menginap.

Malam itu kami makan di restoran di Pantai Cahaya Bulan




Pulang dari makan, masing-masing tidur awal akibat keletihan.Esok dah rancang sebelum rakan saya perki ke kenduri kahwin rakannya kami ke Pasar Besar Siti Khadijah dahulu untuk beli sedikit ole-ole untuk dibawa balik.

Esoknya seperti dirancang,setelah bersarapan di laman pasar Siti Khadijah kami membeli belah di Pasar Besar Siti Khadijah.


Uniknya pasar ini,boleh dikatakan semua yang berniaga di sini adalah wanita(pssst2..di mana ya kaum lelaki?hehe) dan majoriti yang berniaga di sini adalah Melayu tak seperti di pasar tempat aku bertugas boleh dikatakan majoriti kaum luar yang berniaga di situ padahal majoriti penduduk si situ adalah Melayu.

Kemudian saya pergi berjalan sekitar Banraya Islam itu.Saya melawati tempat-tempat bersejarah Negeri Kelantan seperti muzium di raja,masjid negeri dan lain-lain lagi.Lenguh kaki dibuatnya.Malam pula saya berjumpa dengan rakan lama saya semasa di Institut perguruan dulu.Memang satu yang menyeronokkan bila berjumpa dengan rakan lama yang bertahun tak berjumpa.Macam-macam yang dibualkan.Sambil itu, dia bawa saya mengelilingi pekan KB dan ke Wakaf Cek Yeh menaiki kereta barunya Nissan Sentra.MasyaAllah ramainya manusia di Wakaf Cek Yeh sehingga kami terpaksa berasak.Wakaf Cek Yeh ni seakan-akan uptown di Kuala Lumpur.

Esoknya saya berjumpa lagi rakan lama ketika menuntut di menara gading dulu.Lagi sakan saya dan dia bercerita. Kemudian kami pergi semula ke pasar besar untuk membeli keropok lekor untuk dibawa pulang ke kampung.

saya dan makcik penjual keropok lekor

Tepat pukul 12 tgh hari kami bertolak pulang ke Kedah kampung halaman tercinta.Bak kata pepatah:

hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri.



wajah ceria kami ketika perjalanan pulang setelah penat dan puas berjalan di negeri orang.

Memang betul kata rakan saya.Percutian yang tak dirancang kalau berjalan dengan lancar memang menyeronokkan.Puas 3 hari 2 malam di situ.Dapat melihat suasana di negeri orang,rasa masakan di di negeri orang,berjumpa pula dengan rakan-rakan lama.Percutian kali ini memang menyeronokkan dan Kelantan sudah pun masuk dalam senarai negeri yang pernah saya lawati.Alhamdulillah...

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...luas pemandangan luas pengetahuan. Belajar keunikan sosio budaya setiap negeri. Sejarah adalah sesuatu yg dicipta. Tahniah. Semoga suatu hari nanti kita dapat ke sana bersama2 pula. Insya-Allah.(Ady)

syahrir said...

ya,betul tu adi.sebenarnya ada banyak lagi yang ingin saya ceritakan tentang budaya negeri kelantan yang saya temui ketika melawati negeri Kelantan hari itu.InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan menulis di sini.