Petang tadi saya pergi berjumpa dengan L.Kronologi perjumpaan ini bermula apabila saya mengirim pesanan ringkas padanya pagi tadi bertanyakan tentang kesihatannya memandangkan kebelakangan kesihatannya agak terjejejas akibat kehilangan ayahnya dan juga mengurus hal-hal peninggalan arwah.Entah kenapa tiba-tiba terdetik di hati untuk mengajaknya berjumpa.Bukannya saya tak mahu berjumpa dengannya tapi setiap kali diajak berjumpa mesti dia memberi alasan.Saya paham dia bukannya tak sudi tapi disebabkan latar belakang pendidikannya dan juga keadaan kami yang bukan mukhrim mungkin kurang enak dipandang orang.Tapi pesanan ringkas saya dibalas dengan sesuatu yang mengejutkan.Dia setuju untuk berjumpa cuma tempat berjumpa itu agak jauh sedikit iaitu di pekan Changloon(di kawasan yang ramai orang ya,bukan di tempat yang tersorok).Agak adil tempat perjumpaan kami kerana pekan Changloon ini di tengah-tengah antara rumah saya dan rumah dia.Saya agak terkejut kerana ini kali kedua ajakan saya dibeli maklum balas yang positif.Kalau sebelum ini amat susah.Kalau dulu ketika saya masih lagi di institut kalau nak berjumpa mesti bertemankan rakan.Dia dengan rakannya saya pula dengan rakan saya(Selalunya A yang menjadi mangsa.maaf ya...hehe).Maka perjumpaan itu bertukar menjadi kekok.Tapi sekarang ini lain sedikit.Mungkin dia semakin matang dan lagipun tempat perjumpaan kami bukannya tempat tersorok selalunya mesti di gerai makan di tengah-tengah pekan.Alhamdulillah ini petanda yang baik.Semoga perhubungan ini dipelihara kesuciannya dan berkekalan sehingga ia menjadi halal di sisiNya...Setelah masing-masing mencapai persetujuan untuk berjumpa di tempat dan waktu yang ditetapkan tiba-tiba saya pula menghadapi rintangan.Kebetulan petang itu saya terpaksa menghantar kakak saya ke stesyen bas untuk pulang ke rumahnya di Pulau Pinang.Saya bercadang untuk menangguhkan perjumpaan kami pada esok hari tetapi dia pula tak lapang esoknya kerana dia hendak ke kuala lumpur esok pagi.Saya pun terpaksa mencari peluang untuk berjumpa dengannya petang ini juga kerana bukan senang untuk kami berpeluang berjumpa.Setelah saya hantar kakak saya ke stesyen bas saya terus memecut pacuan empat roda saya ke pekan Changloon.Sampai di sana kami bersantai di restoran mamak di tengah-tengah pekan Changloon.Saya memesan secawan nescafe panas dia pula tak memesan apa-apa katanya msih belum lagi berselera.
Sambil bersantai dia membuka cerita.Ya,memang berbeza sekali bercerita melalui sistem pesanan ringkas berbanding bercerita secara berdepan sambil mata bertentangan.Sambil bercerita sesekali dia menguntum senyum manisnya.Hati saya terasa tenang melihat kuntuman senyumnya.Saya berperanan sebagai pendengar saja ketika itu.Kadang-kadang saya mencelah memberi respon kepada critanya.Kami hanya sempat berjumpa kira-kira sejam saja kerana dia harus pulang ke rumah tepat pukul tujuh.Yala memang tak manis anak dara balik rumah lewat malam.Dalam hati saya rasa menyesal kerana masa untuk kami berjumpa terlalu singkat.Apakan daya takdir kami untuk berjumpa hari ini hanya seketika itupun dah kira bersyukur daripada tidak jumpa langsung.Akhir pertemuan saya memberikannya sedikit ole-ole yang saya beli ketika bercuti ke Kelantan dan juga hadiah hari lahirnya yang tertangguh 2 minggu.Dia buka hadiah itu di depan saya.Senyumnya manis dan melebar setelah melihat pemberian saya itu.Saya turut tersenyum.Puas hadiah yang diberi dibalas baik.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah fikiran saya berlegar-legar tentang ceritanya dan juga perbualan kami sebentar tadi.Hati saya bertambah sayang padanya.Daripada apa yang diceritakannya ingin saja saya suarakan:
"jadilah milik saya,senang untuk saya menjaga awak"
Ingin saja saya menyuarakan rasa itu.Rasa sayu saya mendengar ceritanya setelah dia kehilangan satu-satunya penjaga dia di dunia ini.Sayu saya bila terkenangkan dia telah menjadi yatim malah terbeban dengan beban yang tak tertanggung.Tapi tak terluah kata-kata itu bila saya berpijak di bumi yang nyata.Yalah,duit belum cukup.Nak mnyunting macam mana kalau duit pn takada?
Malah,bila difikirkan semula saya terasa sayang.Sayang saya pada dunia bujang saya.Sayang saya pada dunia bujang saya ini masih lagi kuat daripada sayang saya padanya.Sayang saya pada dunia saya sekarang ini lebih lagi dari sayang saya pada dunia bersamanya kelak.Namun saya pasti dan saya berdoa supaya dicekalkan hati ini suatu hari nanti sayang saya pada dunia saya sekarang ini akan pudar selama-lamanya dan akan berganti dengan sayang saya padanya dan pada dunia saya bersamanya...
No comments:
Post a Comment