Dec 16, 2008

Tonton Wayang - The Day the Earth Stood Still



Malam ni aku pegi tengok wayang dengan Firdaus.Nasib baik dia balik kerja di sini.Kalau tak bosan jugak aku cuti panjang ni.Mati kutu aku asyik terperap di rumah ja.Nak tengok wayang sorang-sorang malas plak.Nasib baik dia ada.So, malam ni kami pegi tengok crita The Day the Earth Stood Still.

Filem ini merupakan filem 'remake' dari filem tajuk yang sama yang diterbitkan pada tahun 1951.Bagi peminat filem sci-fi,filem ini wajib ditonton.Filem ini mengisahkan makhluk asing yang bernama Klaatu(lakonan Keanu Reeve) yang turun ke bumi memberi amaran bahawa bumi akan hancur dan juga untuk menyelamatkan spesis-spesis hidupan di bumi kecuali manusia!Alasan manusia tidak diselamatkan adalah disebabkan kemusnahan bumi yang akan berlaku itu adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri dan manusia haruslah menanggung sendiri di atas perbuatan mereka.Persoalan yang timbul dalam filem ini amat menarik perhatian aku.Perlukah manusia diberi peluang sekali lagi ke atas kemusnahan yang dilakukan atas muka bumi ini?atau perlukah manusia dihukum terus?

Pelakon-pelakon dalam filem ini boleh dikatan semuanya mantap-mantap.Bagi aku amat sesuai dipilih Keanu Reeve sebagai makhluk asing kerana karakternya yang 'misteri dan seksi' itu.Jenifer Connely dan juga Katy Bates pula semestinya sudah kita tahu kredibiliti mereka.Sebagai pelakon gred A dan pernah merangkul Oscar, kemampuan mereka membawa watak dalam filem ini tak dapat disangkal lagi.

So,nak tau apa kesudahan crita ni?bagaimana manusia diselamatkan?bagaimana Klaatu berubah fikiran untuk menyelamatkan manusia dari bumi dimusnahkan?Pegila tonton filem ini di pawagam berhampiran.Jangan beli DVD cetak rompak ya!Kualitinya tak menarik seperti tengok wayang.

Keseluruhannya,aku bagi rating filem ini 4 bintang.

Selamat menonton!!

2 comments:

redzuwan said...

alamak...bestnyer..bila aku boley join korang nengok wayang skali..rindu kat kedah la wey..

syahrir said...

deqwan:bila-bila senang balik la kedah.kita bleh tengok wayang sekali.Jitra pun sekarang dah ada wayang.Kedah pn rindu kt hang jugak...