Jul 26, 2009
Pawana
warnanya
rupanya
bentuknya malah
aromanya tiada
namun kita masih merasainya
kekadang meribut
meresahkan
kekadang lembut
mendamai jiwa.
Rindu dan rasa ini bagaikan pawana
tanpanya
hidup kosong dan sunyi
tidak bermakna.
(puisi ini terilham dari cerpen Puitis Pawana Pawitra karya W.B Renda yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia 25 Julai 2009)
Jul 18, 2009
Mohd Nor Iqram Kautsar B Mohd Nor Akmal


Anak yang baru lahir ibarat kain putih bersih. Ibu Bapanya dan kita yang dewasa ini berperanan mencorakkan warna kepadanya. Kepada adik saya,selamat mencorakkan hidupnya dan tahniah kerana selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat.Kepada Mohd Nor Iqram Kautsar acik ucapkan selamat datang ke dunia ini.Semoga membesar sebagai anak yang soleh,taat pada ibu bapa,bangsa dan negara.Semoga menjadi anak yang berguna dan berjasa.
Jun 25, 2009
Dua Minggu Yang Padat
Jun 12, 2009
Cuti Sekolah (6) : Terindah

Sayang
Jun 11, 2009
Cuti Sekolah(5) : Bercuti di Kota Bharu,Kelantan
.Masing-masing teruja untuk sampai ke Kelantan.Sepanjang perjalanan ada saja yang kami bualkan dan ketawa.Maklumlah masing-masing kerja jauh masa cuti nila baru boleh berjumpa.Bila berjumpa macam-macam la yang nak diceritakan.lagipun nak menghilangkan mengantuk.hehe...
Dari Jitra kami bertolak ke Gurun kemudian melalui Sik kemudian ke Gerik dan seterusnya ke Jeli.Dari Jeli ke Kota Bharu.Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang perjalanan kami ke Kota Bharu,Kelantan.
Ini pula pemandangan dari atas jambatan tasik belum.Teringat masa saya di matriks dulu.Kami pernah ke tasik ini dan pernah singgah ke kampung asli yang terletak di pulau di tengah-tengah tasik ini.kenangan yang terindah ketika saya di matrikulasi dulu.
Ketika ini di Jeli dan tinggal lagi beberapa kilometer saja untuk sampai ke Kota Bharu.Masing-masing teruja.Sebenarnya ketika ini ada juga perasaan berdebar kerana kami masih belum lagi dapat tempat menginap.Sepanjang perjalanan kami ada penelefon beberapa hotel/rumah tumpangan yang terdapat di Kota Bharu tapi jawapan yang diberi menghampakan kami kerana masing-masing sudah penuh.Takut juga ketika itu kalau-kalau tiada tempat menginap.Tapi kami berfikiran positif; mesti ada juga satu bilik kosong untuk kami.
Sampai di Kota Bharu kira-kira jam lima petang.Ketika itu kami gigih mencari tempat menginap.Merata kami pergi tanya rumah tumpangan/hotel sekitar bandar Kota Bharu tapi masing-masing memberikan jawapan yang menghampakan.Saya dan rakan panik juga ketika itu.
Alhamdulillah setelah penat mencari akhirnya kami jumpa juga tempat menginap di rumah rehat Restoran Putra,Kg Banggol.Kampung itu terletak kira-kita 5KM menghala ke Pantai Cahaya Bulan dan lebih kurang 3Km ke Kota Bharu.Ketika itu jam kira-kira pukul 7.Masing-masing perut berkeroncong.Dari tengah hari tadi perut kami belum terisi.Kononnya tak mahu makan selagi tak jumpa tempat mnginap.
Alhamdulillah,dapat juga tempat menginap.
Malam itu kami makan di restoran di Pantai Cahaya Bulan
Pulang dari makan, masing-masing tidur awal akibat keletihan.Esok dah rancang sebelum rakan saya perki ke kenduri kahwin rakannya kami ke Pasar Besar Siti Khadijah dahulu untuk beli sedikit ole-ole untuk dibawa balik.
Esoknya seperti dirancang,setelah bersarapan di laman pasar Siti Khadijah kami membeli belah di Pasar Besar Siti Khadijah.
Uniknya pasar ini,boleh dikatakan semua yang berniaga di sini adalah wanita(pssst2..di mana ya kaum lelaki?hehe) dan majoriti yang berniaga di sini adalah Melayu tak seperti di pasar tempat aku bertugas boleh dikatakan majoriti kaum luar yang berniaga di situ padahal majoriti penduduk si situ adalah Melayu.
Kemudian saya pergi berjalan sekitar Banraya Islam itu.Saya melawati tempat-tempat bersejarah Negeri Kelantan seperti muzium di raja,masjid negeri dan lain-lain lagi.Lenguh kaki dibuatnya.Malam pula saya berjumpa dengan rakan lama saya semasa di Institut perguruan dulu.Memang satu yang menyeronokkan bila berjumpa dengan rakan lama yang bertahun tak berjumpa.Macam-macam yang dibualkan.Sambil itu, dia bawa saya mengelilingi pekan KB dan ke Wakaf Cek Yeh menaiki kereta barunya Nissan Sentra.MasyaAllah ramainya manusia di Wakaf Cek Yeh sehingga kami terpaksa berasak.Wakaf Cek Yeh ni seakan-akan uptown di Kuala Lumpur.
Esoknya saya berjumpa lagi rakan lama ketika menuntut di menara gading dulu.Lagi sakan saya dan dia bercerita. Kemudian kami pergi semula ke pasar besar untuk membeli keropok lekor untuk dibawa pulang ke kampung.
saya dan makcik penjual keropok lekor
Tepat pukul 12 tgh hari kami bertolak pulang ke Kedah kampung halaman tercinta.Bak kata pepatah:
hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri.
wajah ceria kami ketika perjalanan pulang setelah penat dan puas berjalan di negeri orang.
Memang betul kata rakan saya.Percutian yang tak dirancang kalau berjalan dengan lancar memang menyeronokkan.Puas 3 hari 2 malam di situ.Dapat melihat suasana di negeri orang,rasa masakan di di negeri orang,berjumpa pula dengan rakan-rakan lama.Percutian kali ini memang menyeronokkan dan Kelantan sudah pun masuk dalam senarai negeri yang pernah saya lawati.Alhamdulillah...