Feb 25, 2010

Alah membeli menang memakai

Entry di bawah ini adlah entry pertama aku menggunakan iphone.iphone is awesome!!memang tak rugi aku menuruti kehendak diriku sendiri.

Ia semestinya "alah membeli menang memakai!!!"


- Posted using BlogPress from my iPhone




Tiada lagi alasan


Kalau dulu alasan aku tiada laptop.jadi susah untuk sentiasa update blog.dulu hanya guna pc dan internet pun terhad sebab hanya guna dial up saja.kemudian aku beli taptop.boleh ekses wifi dan juga ada broadband.ada juga alasan.alasannya malas nak kendong ke sana ke sini laptop tu lagipun segan la nak bukak laptop tu depan orang.sekarang ada pulak phone yang ada application yang boleh update blog.apa plak alasan aku?kalau nak kata malas nak kendong ke sana sini mana ada orang zaman sekarang yang tak bawak hphone.malas ke tandas pn bawak.mak yang umurnya lebih separuh abad pn bawak hphonenya ketika mancing.tapi aku tetap tak update ataupun menulis di blog ni.adakah alasannya disebabkan aku ni pemalas?atau adakah aku ni tak pandai menulis?oh,apa dh jadi dengan cita-citaku ni...dulu aku kat U sanggup meredah fakulti sastera untuk masuk kelas Dr Mawar Shafie belajar penulisan kreatif padahal aku ni pelajar sains.malah aku pilih pekerjaan skrg ni pn disebabkan aku perlukan masa lapang yang banyak untuk menulis.tapi sekarang cita-cita hanya tinggal cita2.banyak tulisan tergantung.banyak idea yang tidak diluahkan pada pena.terlalu banyak yang tergendala.aku aku harap aku tidak terlambat dan aku harap cita-cita ku ini tidak terkubur selamanya...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Feb 11, 2010

iPhone

Hampir setahun aku teringin untuk memiliki phone ni.tapi aku terpaksa pendamkan rasa itu disebabkan kekangan kewangan.yala,kerja makan gaji mana mampu nak beli.tapi sejak itu aku ada memasang niat(bercita-cita) untuk memiliki jugak phone.masa tu aku mula pasang angan-angan untuk dapatkan jugak phone ni bila aku ada wang lebih.

Sekarang duit sudah ada.memang lebih dari cukup tapi aku mula ragu-ragu pulak untuk memiliku phone ni.Ahh...kenapa perasaan berkobar-kobar untuk memiliki phone ini masih lagi ada ragu-ragu?macam-macam persoalan berlegar-legar di fikiran.Adakah ia berbaloi menghabiskan rm2000++ dalam sekelip mata hanya semata-mata untuk memiliki phone ni?adakah ia betul-betul tindakan yang bijak?maklumlah aku hanya makan gaji.bulan-bulan pendapatanku tetap ja.tak pernah dapat lebih dan tak pernah kurang.bila sekali dapat banyak duit aku rasa sayang pulak untuk belanja.rasa nak simpan saja semua duit.takmau belanja apa-apa.tapi perlukah aku korbankan keinginan dan keazaman aku untuk memiliki phone ini yang selama setahun aku pendam?berbaloikah aku mengecewakan diriku sendiri?

Ohh...betul-betul mnegelirukan.aku telah meletakkan kata putus bahawa esok adalah penentunya.esok adalah keputusan muktamad sama ada aku akan belinya atau tidak.semoga aku dapat mencapai kata putus esok hari.semoga aku dapat membuat keputusan yang rasional.separuh hatiku sekarang mengatakan aku benar-benarrrr perlukan phone tu!!!!it's COOL!!!!ohhhh...i can't wait for tomorrow...