Sudah dua minggu cuti sekolah berlalu dan sudah dua minggu juga saya kembali bertugas di negeri Perak ini.Ini bermakna sudah dua minggu saya tidak menulis di sini semenjak entry cuti sekolah.Pernah juga saya berniat untuk menulis di sini ketika awal buka sekolah tetapi ada saja yang menghalang.Hari pertama buka sekolah macam-macam datang.Bukan saja masalah bebadan kerja tapi kadang-kadang masalah remeh temeh kehidupan.inilah hidup seremeh mana pun kita perlu juga mengatasinya.Sekembali saya di Perak ini macam-macam perkara yang perlu diselesaikan.Dari masalah kerja hingga masalah peribadi.Alamdulillah, satu-satu berjaya diselesaikan walaupun masih ada yang belum diselesaikan sepenuhnya.Besyukur dapat juga saya bertemu dengan sesuatu yang saya tinggalkan di Perak ini sepanjang cuti sekolah dulu malah lebih dari yang dijangkakan.
Pendek kata dua minggu selepas cuti ini memang amat padat.Hari sabtu ini pula adalah hari sekolah ganti untuk cuti raya Aidilfitri nanti.Saya bercadang untuk pergi ke K.L selepas sekolah sabtu ini untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung selama dua minggu yang padat.Semoga apa yang dirancang berjalan dengan sempurna.
1 comment:
Selamat menggalas tugas. Nikmati setiap saat darinya atas nama kehidupan. Adiwataraya
Post a Comment