Jun 3, 2009

cuti sekolah(2)

Cuti sekolah baru saja bermula tapi saya sudah mula merindui kepada sesuatu yang saya tinggal di sana.Hari ini masuk hari kelima sekolah mula bercuti dan baru hari ketiga saya pulang ke kampung halaman di jitra tapi perasaan ini tiba-tiba menyelinap masuk seusai saya solat subuh pagi tadi.Pelik sungguh.Kadang-kadang saya keliru dengan perasaan ini.Bila berdekat tidak pula rasa begini tapi bila berjauhan terasa begitu mendalam dan sayu perasaan ini.Perasaan ini memang tidak boleh dibuat-buat.Dia datang tidak dijemput dan pergi tidak perlu disuruh.Semalam ketika menerima panggilanya begitu sayu sekali perasaan ini.Namun saya bersyukur masih lagi dia teringatkan saya walaupun jarak telah memisahkan kami.Bersyukur masih lagi ada alat komunikasi yang dapat menghubungkan kami walaupun perhubungan itu tidak sekerap ketika di sana.


Ah, kalau dilayan rasa ini alamatnya takterbuatlah kerja-kerja lain.Mengelamun entah ke mana.Bagaikan melayang-layang perasaan ini mencari detik-detik yang membuatkan aku tersenyum sepanjang hari.Kalau di sana hampir stiap masa saya dapat 'ia'.Kalau terlambat skit mula muka mencuka tapi kalau di sini terpaksala saya memendam rasa.Kadang-kadang seharian tak menirima 'ia'.Inilah nasib bila berjauhan.Bila berjauhan, cebisan-cebisan kenangan bersama lah yang mengeratkan lagi ikatan ni.Besyukur dan berterima kasih kerana masih ada lagi cebisan-cebisan kenangan lalu yang boleh dibawa walau di mana saya dan dia berada....

2 comments:

Anonymous said...

Tuhan sengaja memisahkan kerana ingin mengajar ertinya rindu. Rindu kebanyakkan masa menuntut manusia untuk mencari alternatif mengubat rasa kerinduan...dan kadang2 alternatif itu tidak masuk akal. Tapi alangkah manis dan bertuah andai rasa rindu itu berbalas...masing2 merindui...dan mungkin belajar merindui...(adi)

syahrir said...

terima kasih adi.memang satu yang indah perasaan ini.datang tidak diminta pergi pn xperlu disuruh.