- Berjoging mengelilingi kawasan taman perumahan pada awal pagi - sudah lama saya tinggalkan aktiviti ini.kalau masa bekerja memang mustahil untuk saya laksanakannya.kadang-kadang bila hari bekerja saya lakukan aktiviti ini pada waktu petang tapi selalunya tertangguh akibat hujan ataupun kadang-kadang tertidur.hehe... Memandangkan keadaan badan saya yang semakin kembang ini,saya kira aktiviti ini perlu diwajibkan sepanjang cuti ini.
- Membaca - selepas berjoging dan sarapan pagi saya bercadang ingin mengambil peluang untuk membaca buku-buku yang sudah lama tertangguh untuk dihabiskan.Teringat juga untk membaca buku-buku ilmiah yang hampir setahun lebih saya tinggal setelah meninggalkan alam persekolahan di institut perguruan darulaman.Teringin untuk membaca semula buku-buku pedagogi sains untuk meningkatkan lagi teknik pengajaran saya nanti.Sebenarnya membaca adalah aktiviti utama yang saya ingin lakukan sepanjang cuti ini.Terlalu banyak buku-buku yang tertangguh.Buku-buku yang dibeli masa pesta buku hari tu pn belum habis dibaca semuanya.Itu belum lagi termasuk buku-buku yang dibeli sebelumnya.
Memang yang dirancang kadang-kadang amat payah untuk melaksanakannya. Ada saja halangan yang menghalang kita meneruskan apa yang dirancang. Kadang-kadang rancang punyala cantik tapi pelaksanaannya habuk. Satu apa pun tak nampak. Kadang-kadang yang tak terancang pulak terjadi seperti yang akan terjadi pada saya hari jumaat nanti. Secara tak terancang saya akan pergi bercuti ke Kelantan. Tentang ini akan saya ceritakan pada entry seterusnya.
Apabila dilihat kembali pada apa yang saya rancang seperti di atas, saya dah mula rasa perancangan itu hampir-hampir gagal. Hari ni dah masuk hari ketiga saya bercuti di kampung tapi satu aktviti pn tak telaksana secara semprna. Kononnya ingin berjoging pagi tadi tapi terbangun lambat pula. Membaca pun tak begitu mendalam dan bersunggh-sungguh. Nampaknya cuti ini memang saya betul-betul bercuti sehingga hampir-hampir tidak melakukan apa-apa. Silap hari, lagi berkembang lagi la badan saya ni.
Saya betul-betul mencemburui orang yang dapat melaksanakan apa yang dirancang dengan sempurna. Itu memang seorang yang betul-betul berdisiplin. Saya berharap dan sangat-sangat berharap perancangan itu dapat dijalankan. Memandangkan cuti dah hampir kepada separuh telah berlalu, saya harus melakukan sesuatu untk melaksanakan aktiviti ini.InsyaAllah...
2 comments:
Perancangan adalah satu yang bagus sebab atleast kita ada guideline atau aim apa yg nak kita buat seterusnya. Tapi sekurang2nya dapat buat separuh dari perancangan sudah kira satu permulaan yg baik. Hope dapat capai apa yg u rancangkan. All the best!!! (adi)
trima kasih adi
Post a Comment