Apr 26, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009,PWTC

Alhamdulillah akhirnya aku smpai juga ke pesta buku ini walaupun pada awalnya pelbagai halangan berlaku seolah-olah menghalang aku dari datang ke pesta buku ini.Bila difikirkan tak logik halangan-halangan itu.

Alhamdulillah aku dapat membeli beberapa buku.Tiga daripadanya adalah buku dari Faisal Tehrani iaitu Ketupat Cinta, Manikam Kalbu dan Saasatul Ibaad.Ketiga-tiga buku itu ditanda tangani oleh saudara Faisal sendiri.


Antara buku yang dibeli.Mungkin satu hari aku bleh ceritakan tentang uku-buku ini di sini.InsyaAllah...


Buku-buku yang ditanda tangani olehFaisal Tehrani.Terima kasih!!!

Ini kali pertama aku bertemu dengannya.My 1st impression he is a very humble person.Aku begitu menghormatinya.Beliau tidak jemu melayan peminat-peminatnya.Sempat jugak aku mengambil gambar bersama beliau.Terima kasih Hj Faisal Tehrani.Detik-detik bertemu beliau adalah detik yang paling bermakna.Beliau adalah penulis muda yang boleh pergi jauh dengan sastera.Aku berharap satu hari nama beliau akan gah di persada dunia.Karya-karya beliau (hampir semua karya beliau aku pernah baca kecuali 3 buku yang baru dibeli) bagiku begitu agung.Mmbaca tulisan-tulisan beliau bagaikan memasuki satu alam intelektual yang begitu mengasyikkan.


tarima kasih kerana sudi bergambar!!

Walaupun penat berasak-asak dengan orang ramai di dalam pesta buku itu,inilah pengalaman aku yang begitu bermakna.

No comments: