Apr 26, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009,PWTC

Alhamdulillah akhirnya aku smpai juga ke pesta buku ini walaupun pada awalnya pelbagai halangan berlaku seolah-olah menghalang aku dari datang ke pesta buku ini.Bila difikirkan tak logik halangan-halangan itu.

Alhamdulillah aku dapat membeli beberapa buku.Tiga daripadanya adalah buku dari Faisal Tehrani iaitu Ketupat Cinta, Manikam Kalbu dan Saasatul Ibaad.Ketiga-tiga buku itu ditanda tangani oleh saudara Faisal sendiri.


Antara buku yang dibeli.Mungkin satu hari aku bleh ceritakan tentang uku-buku ini di sini.InsyaAllah...


Buku-buku yang ditanda tangani olehFaisal Tehrani.Terima kasih!!!

Ini kali pertama aku bertemu dengannya.My 1st impression he is a very humble person.Aku begitu menghormatinya.Beliau tidak jemu melayan peminat-peminatnya.Sempat jugak aku mengambil gambar bersama beliau.Terima kasih Hj Faisal Tehrani.Detik-detik bertemu beliau adalah detik yang paling bermakna.Beliau adalah penulis muda yang boleh pergi jauh dengan sastera.Aku berharap satu hari nama beliau akan gah di persada dunia.Karya-karya beliau (hampir semua karya beliau aku pernah baca kecuali 3 buku yang baru dibeli) bagiku begitu agung.Mmbaca tulisan-tulisan beliau bagaikan memasuki satu alam intelektual yang begitu mengasyikkan.


tarima kasih kerana sudi bergambar!!

Walaupun penat berasak-asak dengan orang ramai di dalam pesta buku itu,inilah pengalaman aku yang begitu bermakna.

Apr 20, 2009

Baru-baru ini ketika tidur siang aku ada terdengar lagu ini melalui saluran MTV tak silap aku rancangan itu namanya MTV Gerek Seh! Aku terdengar lagu ni pun dalam keadaan separuh tidur (memang dh jd kebiasaanku kalau tidur siang tv dibiarkan terpasang). Terdengar ja lagu ini terus aku terasa nak bangun tidur.Tapi sayang ketika aku bangun lagu ni dh hampir tamat dan aku tak sempat melihat tajuk lagu ini. Ada dua sebab aku terasa nak bangun ketika telinga aku terdengar lagu ini. Pertama aku perasan suara penyanyi lagu ini begitu lunak sekali.Dalam keadaan separa sedar(mata masih lagi terpejam)aku terfikir suara siapakah itu?Dan sebab kedua ia dimainkan dalam dalam bahasa melayu(ketika itu aku ingat bahasa melayu rupanya bahasa indon maklumlah masa tu masih lagi dalam separa sedar)bukannya dalam bahasa inggeris.Yala kan MTV jarang memainkan lagu2 dalam bahasa lain selain inggeris.Bila aku sepenuhnya terjaga aku sempat melihat penyanyinya ialah Agnes Monica tapi tajuk lagu itu aku tak sempat tengok.Ku kira itu lagu baru sebab sebelum ni aku tak pernah dengar lagu ni.

Hari ni ketika bermalas-malas di rumah melayan sisa-sisa cuti yang tinggal tak sampai sehari lagi ni aku terfikir tentang lagu itu.Aku pun cari dalam youtube dan terjumpa lagu ni.Tajuk lagunya adalah Tanpa Kekasihku.Yang membuatkan aku suka lagu ini adalah sebab liriknya yang puitis dan juga melodinya yang sedap.Sambil menulis entry ini aku terfikir kenapa ya lagu-lagu dari Malaysia tak sedap seperti lagu-lagu indon?(kalau ada pun sangatlah sedikit).Ada yang melodinya sedap tapi liriknya sampah!Ada yang liriknya terlalu 'tangkap leleh' yang mebuatkan telingaku hampir bernanah!

Oklah,sebenarnya aku publish entry ni bukan untuk membandingkan lagu dari seberang dengan lagu tempatan.Itu bukan kerja aku untuk mempersoalkannya.Apa yang penting aku nak kongsi dengan kalian lagu ini.Lagu yang sedap didengar tak kiralah dari negara mana wajar diberi kredit oleh pendengar-pendengar kan.Oh,ya.Video klipnya pun menarik ditonton.Selamat mendengar dan menonton.