Oct 20, 2008

Gembira, Bahagia, Sedih, Sayu dan Sepi

Gembira

Aku gembira apabila aku mendengar khabar barita orang-orang yang disayangi akan dating melawatku

Bahagia

Aku bahagia apabila setiap saat masa aku bersama dia diisi penuh dengan aktiviti-aktiviti yang menggembirakannya. Aku bahagia apabila dia sihat dan gembira bersama orang-orang yang disayanginya.

Sedih

Aku sedih apabila detik-detik bahagia bersamanya terlalu singkat. Perlukah dia pergi? perlukah dia meniggalkanku? Ya,perlu. Demi hidupnya, demi orang-orang yang disayanginya. Aku redha. Jangan lupa menghantar khabar berita ya!

Sayu

Aku sayu apabila subuh menjelma aku sedar dia sudah tiada disisiku. Ya, aku paham. Jarak perpisahan antara kita terlalu jauh dan aku harus menerimnya. Kita harus berjuang demi anak bangsa kita dan perjuangan ini perlukan pengobanan. Walaupun pengorbanan ini terlalu sayu buatku. Ya, aku paham itu semua. Tapi sayu ini tetap meruntun di jiwaku. Apakah perasaanmu? Adakah engkau rasa sepertiku juga?

Sepi
Aku sepi tatkala malam menemaniku, sepi memelukku. Kembalikan teman-temanku, kekasihku.....

Teman, diri ini tetap akan menghitung hari sehingga pertemuan antara kita akan tiba kembali. Biarpun seribu tahun lagi...

Isnin, 20 Oktober 2008

No comments: