Oct 20, 2008

Gembira, Bahagia, Sedih, Sayu dan Sepi

Gembira

Aku gembira apabila aku mendengar khabar barita orang-orang yang disayangi akan dating melawatku

Bahagia

Aku bahagia apabila setiap saat masa aku bersama dia diisi penuh dengan aktiviti-aktiviti yang menggembirakannya. Aku bahagia apabila dia sihat dan gembira bersama orang-orang yang disayanginya.

Sedih

Aku sedih apabila detik-detik bahagia bersamanya terlalu singkat. Perlukah dia pergi? perlukah dia meniggalkanku? Ya,perlu. Demi hidupnya, demi orang-orang yang disayanginya. Aku redha. Jangan lupa menghantar khabar berita ya!

Sayu

Aku sayu apabila subuh menjelma aku sedar dia sudah tiada disisiku. Ya, aku paham. Jarak perpisahan antara kita terlalu jauh dan aku harus menerimnya. Kita harus berjuang demi anak bangsa kita dan perjuangan ini perlukan pengobanan. Walaupun pengorbanan ini terlalu sayu buatku. Ya, aku paham itu semua. Tapi sayu ini tetap meruntun di jiwaku. Apakah perasaanmu? Adakah engkau rasa sepertiku juga?

Sepi
Aku sepi tatkala malam menemaniku, sepi memelukku. Kembalikan teman-temanku, kekasihku.....

Teman, diri ini tetap akan menghitung hari sehingga pertemuan antara kita akan tiba kembali. Biarpun seribu tahun lagi...

Isnin, 20 Oktober 2008

Oct 18, 2008

Sepi

Sepi (dipetik dari filem Sepi)

Bisikku pada bulan
kembalikan
temanku
kekasihku
syurgaku

Tanpanya
malam menemaniku
sepi memelukku

Bulan
jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku

Puisi ini sangat menyentuh perasaanku.kata-katanya sangat puitis menusuk jiwa.
Buat pembaca-pembaca yng pernah mengalami kesepian puisi ini aku dedikasi khas buat korang.Bagi aku semua manusia di muka bumi ini tak boleh lari dari kesepian.
Kadang-kadang hidup kita terlalu sepi dan kadang-kadang hidup kita riuh rendah,penuh gelak ketawa dn kegembiraan.
Kadang-kadang kita rasa lemas dengan riuh rendah dan hiruk piuk di sekeliling kita dan kita perlukan kesepian dalam hidup kita untuk ketenangan. Kadang-kadang kita terlalu hiba dengan kesepian dan kita rindukan keriuhan dan gelak ketawa rakan-rakan.
Hidup memang terlalu merumitkan....