Jan 25, 2009

Al-Fatihah untuk SN Arena Wati

Saya terkejut ketika mnerima berita ini.Malaysia kehilangan seorang lagi tokoh sastera negara.Al-Fatihah untuk Allahyarham SN Arena Wati dan salam takziah kepada ahli keluarganya.Tiba-tiba teringat saya pada kata-kata pujangga ini "harimau mati tinggalkan belangnya,manusia mati tinggalkan nama"

Jan 21, 2009

maaf

Tak mampu lagi untuk mengungkap kata itu
terlalu kerap aku melanggar janjiku
disebalik ungkapan itu

Sudah aku tak mampu lagi
untuk mengungkap kata itu
tapi kumau kau tahu
segala kataku
perlakuanku
perbuatanku
memang disengajakan
bukan niatku untuk mencemari janji-janji kita
tapi hanya sekadar
ingin bercanda

Sudah ku tak mampu lagi
mengungkap kata itu
mungkin bukan maaf yang ingin ku pohon
sebaliknya memahami yang aku harapkan

Jan 10, 2009

Fatah,Hamas dan Israel

I
Kami Fatah!
ya, iktiraf negara Israel!
ambillah tanah kami
jadikannya negara kamu
ya, bunuhlah siapa-siapa saja yang menentang kamu!

II
Kami Hamas!!
ya, kami telah menang pilihanraya
musnahkan Israel!!
Israel tidak wujud!
tanah palestin adalah hak kami
tiada hak untuk yahudi walaupun sekangkang kera.
Laknatlah Israel!


III
Kami pula dari Saudi dan Kuwait
tanpa Amerika kami papa kedana
kami akan hilang arah tujuan
bawalah tentera-tentera kamu ke negara kami
lindungilah kami dari musuh-musuh
gunakannla bumi kami
asalkan jangan kacau periuk nasi kami

IV
Kami Yahudi bangsa yang cemerlang!
Lihat saja pada Einstein, Beethoven dan Marx
mereka ini dari bangsa kami!
Siapa Fatah?
siapa hamas?
siapa pula Arab?
mereka adalah anjing-anjing kurap!
haruspan mereka semua
kita bunuh kanak-kanak dan wanita
biar bangsa mereka pupus
yang lemah tidak patut hidup di muka bumi ini
jangan takut pada senjata mereka
yang hanya meninggalkan kesan lebam saja pada kita

V
Kami orang islam!
kita harus bersatu!
boikotlah barangan mereka
lemahkan ekonomi mereka
tapi bagaimana ya?
sarapan kami adalah McD
lunch kami adalah KFC
minum petang kami Starbuck
dinner kami pula Pizza Hut!
mulut kami akan busuk dan rosak tanpa Colgate dan Darlie
hidup kami akan merana!

Wahai semua umat islam marilah kita sama-sama berdoa semoga persengketaan ini bertemu jalan penyelesaiannya demi keamanan rakyat-rakyat Palestin.Semoga mangsa-mangsa kekejaman Israel dicucuri rahmat-Nya.

**Menolong orang mukmin itu tanggungjawab Kami. (Quran, 30: 47)

**Jika Tuhan menolong kamu, tiada siapa yang boleh mengalahkan kamu; dan
jika Ia meninggalkan kamu, siapakah yang boleh menolong kamu selepas Dia? (Quran, 3: 159)

Jan 6, 2009

Berita Gembira

Sime Darby membatalkan niatnya untuk mengambil IJN.
Alhamdulillah...
Tiada kata-kata yang dapat dilafazkan
hanya Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t