Ku mahu senyumanmu
yang membuatku lebih gembira daripada ketawa,
seperti gerimis yang membuatku lebih nyaman dari hujan,
seperti berjalan yang membuatku lebih tenang dari berlari,
dan gelap yang membuatku lebih aman dari terang.
Feb 12, 2012
Dec 15, 2010
Tontonfilem: Precious based on the novel Push by Sapphire (2009)
Perkataan pertama yang terkeluar selepas menonton filem ini "precious girls everywhere,you should watch this film! it's an inspiration movie!"
Ia adalah satu pengalaman mendebarkan,menyeronokkan dan menyentuh perasaan ketika menonton filem ini. Mungkin aku agak ketinggalan menonton filem ini. Filem ini diterbitkan pada tahun 2009 dan telah memenangi/dicalonkan pelbagai award pada tahun 2010. Mo'Nique pelakon pembantu yang memainkan watak ibu kepada Precious(watak utama filem ini) telah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Akademi Award(OSCAR).
Ok, let me tell a bit about this film yang aku kata hebat sangat tuh. Filem ini mengisahkan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun berkulit hitam(baca:pekat berkilat),bernama Claireece Precious Jones(Gabourey Sidibe) yang gemuk dan hodoh dan juga sedang mengandungkan anak kedua hasil daripada kena rogol dari bapaknya sendiri. Ya,dengar pun dah sakit hati kan? kurang hajar punya bapak! Dan remaja ini pula memang kuat berangan. Keseluruhan filem ini diceritakan semula oleh si precious ini. Kemudian diselang seli pulak dengan angan-angan dia. Dahla kena rogol dengan bapak, si maknya pulak macam syaitan. Maknya Mary Lee Jones(Mo'Nique) boleh dikatakan disini seorang yang sangat kejam!Dahla biarkan anak dirogol oleh bapa sendiri kemudian anak tu dibuatnya macam kuli.Diseksa dan sentiasa dibaling dengan objek2 keras.Dan adegan bergaduh antara mak dan Precious tu memang mendebarkan! Gila ganas! siap baling TV lagi!
Sepanjang menonton filem ini perasaan aku bercampur-campur.Sedih dan geram lihat si Precious ni di biarkan dan diseksa oleh maknya dan pada masa yang sama aku nak tergelak tengok si Precious ni berangan macam-macam.Antara adegan berangan yang aku tak boleh lupakan ialah ketika di melihat di cermin wajah yang muncul di cermin itu adalah seorang perempuan cantik berambut blonde dan putih yang sangat kontra dengan keadaan fizikalnya. Satu lagi unsur humor yang yang tak dapat dilupakan adalah ketika Precious di ward setelah melahirkan anaknya dan kawan-kawannya pergi melawat dan lepak di situ. Ketika itu ada seorang nurse lelaki yang agak hot yang lepak bersama.Dan kawan-kawan Precious yang nakal ni sedang mempermainkan si nurse itu kerana dia adalah seorang nurse dan juga lelaki dan mereka panggilnya Nurse John. Di situ juga ada adegan menyentuh perasaan di mana inilah buat kali pertama Precious tersenyum gembira bersama kawan-kawan dan dia rasa disayangi.
Adegan yang paling mendebarkan ialah ketika Precious dan maknya bergaduh. Aku pada masa tu terpaksa tekan "pause" sekejap sebab aku tak sanggup nak tengok adegan seterusnya. Sebabnya ketika itu aku sangka anak Precious atau si Precious tu akan mati dihentam ibunya.Bayangkan si mak Precious ni sanggup hempas anak yang didukung ke atas sofa.kemudian ditumbuk dan ditendang si Precious.Kemudia ada pulak adegan di mana ketika Precious cuba larikan diri smbil mendukung anaknya dia terjatuh tangga dan dari atas si ibu menghempas TV ke bawah! sangat mendebarkan!
Oklah...nak tau apa kesudahannya tengoklah movie ini.Memang best! memang patutla filem ini menang beberapa anugerah dan dicalonkan di festival2 filem yang hebat2 termasuk OSCAR.
Apr 13, 2010
Apr 12, 2010
aku terlalu merindui kata keramat itu
kalau dulu kata itulah yang menemaniku setiap kali aku memandu pulang keseorangan.
tapi kini kata-kata itu telah hilang dibawa arus keegoan dan kekhilafan diri
yang hanya dapat dilakukan kini hanyalah berdoa semoga engkau sentiasa selamat dan dicucuri rahmatNya
- Posted using BlogPress from my iPhone
kalau dulu kata itulah yang menemaniku setiap kali aku memandu pulang keseorangan.
tapi kini kata-kata itu telah hilang dibawa arus keegoan dan kekhilafan diri
yang hanya dapat dilakukan kini hanyalah berdoa semoga engkau sentiasa selamat dan dicucuri rahmatNya
- Posted using BlogPress from my iPhone
Feb 25, 2010
Alah membeli menang memakai
Entry di bawah ini adlah entry pertama aku menggunakan iphone.iphone is awesome!!memang tak rugi aku menuruti kehendak diriku sendiri.
Ia semestinya "alah membeli menang memakai!!!"
- Posted using BlogPress from my iPhone
Ia semestinya "alah membeli menang memakai!!!"
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tiada lagi alasan
Kalau dulu alasan aku tiada laptop.jadi susah untuk sentiasa update blog.dulu hanya guna pc dan internet pun terhad sebab hanya guna dial up saja.kemudian aku beli taptop.boleh ekses wifi dan juga ada broadband.ada juga alasan.alasannya malas nak kendong ke sana ke sini laptop tu lagipun segan la nak bukak laptop tu depan orang.sekarang ada pulak phone yang ada application yang boleh update blog.apa plak alasan aku?kalau nak kata malas nak kendong ke sana sini mana ada orang zaman sekarang yang tak bawak hphone.malas ke tandas pn bawak.mak yang umurnya lebih separuh abad pn bawak hphonenya ketika mancing.tapi aku tetap tak update ataupun menulis di blog ni.adakah alasannya disebabkan aku ni pemalas?atau adakah aku ni tak pandai menulis?oh,apa dh jadi dengan cita-citaku ni...dulu aku kat U sanggup meredah fakulti sastera untuk masuk kelas Dr Mawar Shafie belajar penulisan kreatif padahal aku ni pelajar sains.malah aku pilih pekerjaan skrg ni pn disebabkan aku perlukan masa lapang yang banyak untuk menulis.tapi sekarang cita-cita hanya tinggal cita2.banyak tulisan tergantung.banyak idea yang tidak diluahkan pada pena.terlalu banyak yang tergendala.aku aku harap aku tidak terlambat dan aku harap cita-cita ku ini tidak terkubur selamanya...
- Posted using BlogPress from my iPhone
Feb 14, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)